Monday, April 12, 2010

sudah beberapa hari sudah kita tak dapat online disebabkan masalah jaringan internet kat rumah kita semakin teruk..bil broadband baru dibayar..tup..tup..lepas tu tak dapat pulak nak pakai..geram pun ada tapi sekiranya kita mengikut perasaan pun bukannya dapat menyelesaikan masalah pun..baru je beberapa hari yang lepas kita terbaca kat dalam akhbar yang mana pihak kerajaan menyeru syarikat rangkaian internet di negara kita untuk memperbaiki perkhidmatan kita memandangkan semakin banyak pelanggan yang menggunakan khidmat rangkaian mereka yang membuat laporan mengatakan bahawa perkhidamatan adalah semakin teruk dan kadangkala terlalu perlahan..
entahlah..kita pun tak faham la apa sebenarnya masalah yang mereka tak dapat selesaikan..dulu bila kita mula pakai, elok je line kat sini..lepas 2 3 bulan, kita baru je lepas bayar bil terus tak dapat pakai pulak..kecewa betul dengan perkhidmatan yang teruk begini kerana kita sepatutnya berhak untuk mendapatkan khidmat yang baik memandangkan kita pun tak pernah punya masalah untuk menyelesaikan bil dan ini juga merupakan kali pertama kita merungut..selalu kekawan kat facerbook yang merungut kita pun mengalami masalah yang sama tapi kita lebih suka berdiam diri..tetapi beberapa hari ni memang langsung kita tak dapat online..dah bisnes kita semuanya memerlukan kita untuk online..
di tambah paranya akibat permasalahan itu tadi..handset pun dah tak punya line 3G lagi..apahal pulak tiba tiba boleh hilang padahal selamanya ni memang dah ada pun semua tu..kalau dari dulu tak de tak apalah jugak..
persoalannya sekarang apa jadi selepas ni..macam mana dengan kita? nak potong terus..kita memang perlu untuk menggunakan perkhidmatan ini, nak teruskan ..kalau sampai bulan depan nak bayar lagi bil tetapi pun tak dapat juga nak pakai..macam mana pulak tu..kita bayar percuma pulak dah..
kita benar benar kecewa la dengan perkara ni..sepatutnya semua ni tak berlaku..tugasan harian yang memerlukan kita untuk online semuanya tak dapat nak disiapkan..masalah kepada semua yang bekerja dari rumah..kalau terus terusan macam ni macam mana kita nak gelar negara kita maju pulak..
semua ni menyebabkan urusan kita tergendala..kalau yang bisnes besar tu hadapi masalah cam ni siapa pula yang nak bertanggungjawab?

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
i am a working from home mother of 3 young & active kids, i always like to share opinion with others & i never tired of learning new things, meeting new people is my passion..i have a goal that one day, i will be able to have all those dreams to come true & apart from that i am very hardworking person and i am not a whiner..i was a dropout during secondary school but i never get anything @ anyone to become between me & my aim..learn as much as i can about almost anything that can make me a positive & better person..