Wednesday, April 14, 2010

lagi anak menjadi mangsa

8.10 malam 14/04/2010 Rabu


baru je mami nak duduk menulis blog di sini mami terganggu sebentar dengan tajuk berita di Buletin Utama TV3, lagi kanak kanak meninggal dunia akibat didera. sesak rasa nafas mami..ini adalah berita kedua dalam tahun ini tentang kanak kanak yang meninggal akibat dari sikap kita sebagai ibubapa yang tidak punya belas dan kesabaran..

biar mami berikan sekilas lalu isi beritanya di sini;

(i) kanak kanak perempuan berusia 3 tahun dikejarkan ke klinik swasta jam 7 pagi tadi dan setibanya di klinik, doktor mengesahkan yang anak malang ini telahpun meninggal dunia 2 jam sebelumnya

(ii) doktor mendapati lebih dari 30 kesan lebam di tubuh mangsa

(iii) mangsa dikatakan telah mengalami kecederaan selama seminggu sebelum dihantar ke klinik untuk rawatan

(iv) seorang lelaki yang dikatakan bapa tiri mangsa berumur 28 tahun, yang juga penganggur ditahan bersama dengan seorang wanita berusia 24 tahun (yang mungkin ibu mangsa), pasangan ini juga mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 bulan


selebihnya kita tunggu perkembangannya esok...


terkedu sebentar mami bila mendengar usia anak malang ini cuma 3 tahun juga seusia dengan mangsa sebelum ini yang juga didera oleh pasangan kepada ibu mangsa. anak mami juga dalam lingkungan umur tersebut.


apalah nak jadi dengan dunia kita..semakin hari semakin banyak perkara yang melampau yang kita dengar...budak kecil tu, setakat manalah tenaganya nak menanggung semua sepak terajang dari seorang dewasa. memang mami pun kadang kadang hampir hilang sabar bila anak anak kita yang tidak mengerti apa apa itu melakukan sesuatu yang boleh membingungkan kita, tetapi sekiranya kita tangankan anak sampai tahap anak terlolong sakitnya...takkan itu pun tak buat kita berhenti..sebab adakalanya mami pun marahkan anak sampai serak suara mami nak handle 2 orang budak yang berumur 2 dan 3 tahun tapi tidaklah sampai meninggalkan bekas di badan anak. kalau kita nampak si ayah yang hilang sabar, kita lah yang ingatkan untuk bersabar..tidaklah jadi macam ni sampai tahap lebam lebam dan paling teruk..meninggal. ni yang mami nampak sangat, kesnya selalu bapa tiri atau teman lelaki si ibu yang melakukan penderaan..di mana pula si ibunya? tolonglah..awak dah lahirkan anak ini kemudian awak tak pulak buat apa apa bila orang lain sakitkan anak yang awak penat penat lahirkan itu...apakah kasih sayang seorang lelaki lebih penting? bagi mami..sama juga seperti yang mami selalu uar uarkan tentang penderaan terhadap wanita di luar sana, sekiranya sekali kita melihat teman lelaki kita (bagi yang berstatus janda dan punya anak dari perkahwinan sebelumnya) menyakiti anak kita dalam apa jua cara (penderaan fizikal atau seksual), cabut..!!

mami memang tak faham..mami tengok anak mami jatuh sakit pun mami nangis jangan lagi nak sengaja sakitkan anak..

di manakah perikemanusiaan kita..ke manakah hilangnya pertimbangan kita? yang menjadi mangsa selalunya memang yang lemah...

mami tak nak la cakap pasal yang mendera..mami lebih suka nak cakap pasal si ibu ni..mana dia? awak tak layak jadi ibu, jangan jadi ibu...kalau dah jadi ibu, sengaja atau tidak, jalankan tanggungjawab. sekarang dah jadi sampai macam ni..nak tunjuk muka nangis nangis depan TV pulak..

satu kemusykilan bagi mami kenapa kes sebelum ni, si ibu tidak pula didakwa bersubahat..padahal si ibu pun menyedari yang teman lelakinya memang sepanjang masa mendera anaknya di depan semua orang..ni sampai orang luar yang jadi kesian dengan anaknya yang menegur perbuatan teman lelaki si ibu tadi. mana ibunya..itu yang mami nak sangat tahu..

bagi mami, patutnya si ibu pun dikenakan tindakan sama..ni tak..muncul je kat Tv nangis nangis..nak nangis apanya..anak dah ninggal..

mami harap lah selepas ini, pihak yang bertanggungjawab segeralah mengambil langkah untuk pencegahan kalau boleh..kita tak peduli ada yang dipenjarakan atau tidak..yang kita mahu..tidak ada lagi anak yang menjadi mangsa..

satu lagi yang mami rasa pun penting juga..kita sebagai masyarakat dalam satu komuniti..kalau dah hari hari dengar si polan tu belasah anaknya..buat laporan polis...selalu mami tahu, kita cakap kita tak nak masuk campur urusan orang lain tapi kalau yang jadi mangsanya adalah anak yang tak tahu nak mempertahankan dirinya, bukankah tanggungjawab kita yang lebih tahu untuk berfikir ni untuk menjadi pelindung kepada yang lemah?


memang juga sukar dalam komuniti kita, kita takut dituduh sibuk dengan tepi kain orang lain..sampaikan mami sekali pernah menyaksikan perkara serupa (bercakap pasal membantu orang pulak bukan sibuk dengan urusan orang)..masa tu, mami masih menyewa dengan suami di bandar di sebuah bangunan flat 3 tingkat..adalah suatu malam hampir tengah malam, tiba tiba mami dan suami terdengar jeritan perempuan meminta tolong..


mami segera berkejar ke beranda (yang berdepan dengan jalanraya) dan mami dan suami nampak yang seorang pemuda sedang menarik tangan seorang gadis yang mami agak adalah remaja..budak perempuan ni tadi asyik cakap:

'aku tak nak! aku tak nak! aku nak balik!'

bila mami tengok lelaki tadi masih juga macam memaksa, mami pun jerit dari beranda suruh dia tinggalkan budak perempuan tu, tapi dia langsung tak peduli..jiran jiran lain..sebentar tadi yang masih menyala lampu tiba tiba je jadi senyap dan gelap rumah mereka...bayangkan..

kemudian mami dan suami nampak sebuah kereta lalu mengekori dia orang (lelaki dan budak perempuan tadi) jadi mami tahu lah apa masalahnya..mereka dalam kereta tadi tu kawan kepada budak lelaki yang asyik paksa budak perempuan tu ikut diaorang..

last last..mami call kawan mami yang kebetulan adalah seorang CID..mami pun ada jerit nak telefon polis kalau dia masih jugak tak lepaskan perempuan tu..mami cuba panggil perempuan tu naik ke rumah mami (yang di tingkat 2 ) tetapi habis mami call kawan mami, dia orang dah tak de pulak..entahlah..sampai sekarang mami rasa agak bersalah kerana tidak dapat membantu..haraplah tidak apa yang buruk berlaku...


jadi kepada semua manusia kat luar sana..jangan lah terlalu mementingkan diri sendiri..bantulah sekiranya anda nampak seseorang yang di dalam kesusahan..

berbalik kepada kisah anak yang malang tadi..mami harap la lepas ni tak ada lagilah terjadi macam ni..lemah jantung mami dengar cerit asedih macam ni..kita ni manusia..takkan tak ada belas langsung..

mungkin sudah sampai masanya semua pasangan yang berkahwin (tidak mengira caranya) dimestikan dalam mengikuti kursus kekeluargaan (bukan setakat sebagai suami isteri) yang merangkumi aspek keibubapaan dan sebagainya..

memang mami percaya..ilmulah yang dapat mengatasi semua kejahilan ini..

my prayer for this child..may her soul be with our Father in heaven..rest in peace my child..

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
i am a working from home mother of 3 young & active kids, i always like to share opinion with others & i never tired of learning new things, meeting new people is my passion..i have a goal that one day, i will be able to have all those dreams to come true & apart from that i am very hardworking person and i am not a whiner..i was a dropout during secondary school but i never get anything @ anyone to become between me & my aim..learn as much as i can about almost anything that can make me a positive & better person..