Selamat bertemu kembali....
Lama betul rasanya mami dah tak menulis di ruangan mummy jessy ni. Rindu pulak..sebenarnya banyak yang mami nak ceritakan tetapi kebelakangan ini mami memang tak punya masa untuk mengisi ruang ini dengan entry terbaru mami.
Banyak betul yang berlaku kebelakangan ini. Banyak yang mami nak kongsikan juga sampaikan tak tahu mana satu yang mami nak dulukan. Tapi tak apa la..biar mami cakapkan apa yang menjadi kebimbangan mami je la kali ini ye..
Sakura...
Kalau tak silap mami, seminggu yang lepas mami ada iklankan kat FB mami tentang kerja kosong di mana Syarikat tempat mami bekerja sekarang ni sedang rekrut sebilangan tenaga mahir dalam bidang ‘oil & gas construction’. Iklannya berbunyi begini ;
WANTED : (I) Scaffolding Inspector, Welding Inspector, Mechanical Engineer, Technician & Electrician and related experts etc. (II) SPM leavers to be train in Japan for 1 yr and permanently hire in local plant after that..all those interested please PM me. Preferable Iban with aim to success.
Mami berharap sangat dapat sambutan sebaiknya. Mesti kalian nampak kan, mami tuliskan “Preferable Iban..”..sebabnya mami nyatakan sebegitu rupa, sebab mami fikir nak membantu kalangan orang orang mami sendiri iaitu iban, untuk mendapatkan peluang bagi mereka untuk memperbaiki kehidupan sendiri. Lagipun, mami pernah terbaca dalam satu keratan akhbar yang kawan kat Fb pernah kongsikan dengan mami, bangsa Iban memang dikenali dengan kemahiran mereka untuk menyumbang tenaga di dalam bidang minyak dan gas ini. Ini diakui sendiri oleh pemimpin kita. Dan dari pengalaman mami dan dari apa yang mami tengok, memang kebanyakkan orang Iban berbakat dalam bidang ni.
tidak mahukah kita melihat dan mengalami bandar 'jetset' ini dengan sendiri?
Untuk post yang kedua, mami fikir sangat baik untuk muda mudi yang belum punya kerjaya tetap dan belum punya komitmen (belum berkahwin la tu..) sebabnya, ini dapat dijadikan platform untuk mereka memulakan kerjaya mereka. Lagipun syaratnya cuma SPM je..dan sewaktu latihan kat Jepun tu, semua perbelanjaan di tanggung oleh syarikat dan sekembalinya ke sini, mereka punya jawatan tetap dan punya peluang yang lebih besar dalam peringkat pengurusan memandangkan seniority mereka (mereka akan menjadi batch yang pertama).
Jadi, mami tunggu punya tunggu...dalam 2-3 hari kemudiannya, mami terima ‘personal message’ (kat FB) dari seseorang. Bila mami baca pesanan saudara ni, mami terkejut jugak sebabnya, dia ni dari Nigeria. Dia tanya mami la..boleh tak kalau dia pun apply sama sebab dia berminat nak ikut latihan kat Jepun tu tapi dia warganegara Nigeria.
Soalan pertama dalam kepala mami..bila masa pulak mami ada kawan dari Nigeria ni? Tergelak kecil mami...ye lah..selalu orang add friend ngan mami, mami main redah je confirmkan mereka..sebab memang prinsip mami nak beri peluang semua untuk menjadi kawan. Tak de nak pilih bulu punya..Cuma ada satu je kes berkecuali yang mana mami berat hati nak confirmkan dia ni sebabnya, nama dia ditulis dalam huruf jawi dan mami tak faham langsung nak sebut nama kawan ni..jadi macam mane mami nak berkawan dengan orang yang mami nak sebut nama pun tak tahu? Tapi akhir akhir nya dia tukar tulis nama dia dalam bentuk abjad dan mami dah pun confirmkan dia. Terima kasih la sebab ambil ikhtiar untuk nak jadi kawan mami.
Okay ..sekarang berbalik kepada apa yang mami nak kongsikan kat sini tadi. Lepas tu, ramai juga yang bertanya kat wall mami sana, tentang apa kerja nya, kat mana, atau ada kerja yang lain tak selain dari tu. Hmm..tak boleh la mami nak jawab semua kan. Mami pun dah nyatakan kat sana, apa jawatan yang ditawarkan..then sekiranya berminat, hantar je resume mereka ngan mami. Sebabnya, kita yang mencari kerja kan..dah bagus la kalau ada yang tawarkan dan beri keutamaan kepada kita kan..lagipun mami cuma penyampai nya je. Kadang kala majikan ni, dia tengok dulu cara kita membawa diri..kalau majikan cakap hantar resume, hantar je..selebihnya, layak tak layak, dia orang yang akan uruskan semuanya nanti. Kalau banyak sangat tanya nanti pun, majikan tempat kita nak mintak kerja tu pun jadi rimas la jugak kan. Nasib baik bukan mami yang jadi majikannya. Hehehe..macam mami katakan tadi, mami cuma pemyampai nya saja.
Tersebut la kisah nya lagi..lepas tu mami terima lagi emel dari seseorang..dan yang mami suka sebabnya, dia terus hantar resume seperti yang diminta..Cuma sekali lagi mami macam berputus harap..saudara ni pun bukan Iban tetapi dia tetap juga mencuba. Mami tabik la dengan usaha dia. Sebabnya mami cakap preferable Iban bukannya ‘Necessary Iban’.. Tapi yang mami kecewa sangat sangat ni, sampai ke hari ni, tak ada pun bangsa Iban yang hantar resume mereka dengan mami. Betapa banyak la kawan kawan mami yang berbangsa Iban kat Fb sana dan banyak yang mami tahu belum punya stable career lagi tetapi tak berminat pulak nak ambil tahu tentang perkara ni. Tak berminat lepas tahu detail nya tak apa la..mungkin tawaran mereka tak setimpal dengan apa yang diharapkan tetapi ni, nak cuba pun tak berminat. Macam mana ni...
Post yang mami iklankan tu memang punya potensi besar untuk kemajuan diri sendiri. Kalau lah mami menepati syarat nya, nak jugak mami cuba..siapa yang tak nak pergi ke tempat orang lain menimba ilmu, dibayar pulak tu, kemudian balik ke tempat sendiri dah ada kerja tetap yang menunggu? Tup..tup..yang bujang nya nanti kembali dari Jepun bawak amoi Jepun la pulak...bertuahnya badan.
Cuba kita lihat dari sudut ni..
(i) Kerjanya mungkin kena mula dari bawah. Tetapi fikirkan untuk jangka masa panjang. Cuma beberapa orang yang dihantar untuk menjadi perintis. Menjalani latihan khusus kemudian menjadi antara tenaga mahir yang pertama sekembalinya ke sini. Pandai bertutur bahasa Jepun (sebab datang sana memang diberi kursus bahasa Jepun), dapat lagi belajar skill dengan pakar nya sendiri, percuma pulak tu malahan diberi ganjaran.
(ii) Sekembalinya dari sana, mereka ini perintis pertama yang akan memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada pekerja tempatan yang akan direkrut kemudian hari nanti. Maksudnya, perintis ni akan membimbing..menjadi ketua dan besar peluangnya untuk menempatkan diri di tahap pengurusan.
(iii) Syarikat luar yang membuka kilang atau bisnes di negara kita, upahnya memang jauh lebih tinggi dari syarikat tempatan sendiri. Dan kemungkinan faedahnya juga lebih baik.
(iv) Syarikat dari Jepun ni nanti kemungkinan adalah yang terbesar seumpamanya di Sarawak ini dan sangat berpotensi untuk berkembang jauh. Ambil contoh syarikat 1st silicon di Kuching. Beribu tenaga diperlukan untuk sebuah kilang pengeluaran sahaja.
Jadi..jangan takut mencuba. Mami nak ingatkan di sini, kita cuba nak bantu bangsa sendiri sebab mami dah banyak pengalaman sepanjang hidup mami, bangsa lain tak mungkin akan lebih bersungguh dari bangsa kita sendiri untuk membantu kita. Mami kesal sungguh la dengan perkara ni. Janganlah kita memberi ruang untuk orang lain menindas kita dan anak anak generasi masa depan kita sebabnya kita sendiri tak cukup usaha untuk memperkembangkan minda kita sendiri. Jangan hanya duduk sahaja dan berpuas hati dengan apa yang kita terima setiap hujung bulan. Kita punya peluang, punya kebolehan untuk bersaing dengan bangsa lain tetapi kita tidak cukup iktibar. Berikan contoh yang baik kepada anak anak kita. Makan gaji memang sedap tetapi apa salahnya kalau kita mencari peluang yang lebih agar kita dapat berdiri sama tinggi dengan bangsa lain yang lebih berjaya dari kita?
hmm..mami pulak yang berangan angan nak pergi Jepun sekarang ni..:))
Ambillah teladan yang boleh membawa kita ke arah kecemerlangan dari orang lain. Jangan sesekali tidak ambil peduli dengan bagaimana masa depan anak anak kita. Bagi mami, kalau mami nak fikirkan diri mami sendiri memang lah makan gaji saja pun dah cukup tetapi mami fikirkan masa depan anak anak mami. Mami nak bila sampai masa anak anak mami nak bersekolah ke tahap kolej, mereka tidak terbeban dengan masalah ketiadaan bekalan kewangan untuk mereka melakukannya dan terpaksa berdepan dengan hutang dengan pihak PTPTN selepas selesai pengajian mereka pulak. Tanggungjawab kita sebagai ibubapa adalah untuk memastikan anak anak kita dapat menimba ilmu ke tahap yang paling tinggi yang mereka mampu. Supaya nanti bila mereka dah mula berdikari, mereka pun tidak la menghadapi kesukaran seperti yang mami pernah hadapi dalam menempuh cabaran kehidupan di zaman yang semuanya memerlukan duit ni.
Mereka membuka jalan kepada kita, marilah kita usahakan yang selebihnya untuk membawa jalan itu ke arah yang lebih jauh demi bangsa kita.
Buangkan sifat mengharapkan anak anak untuk membela dan memberi makan pakai kepada kita ketika kita mencapai usia tua. Sebabnya nanti, sampai ke tahap usia seperti kita, mereka pulak terpaksa berdepan dengan cabaran untuk menjaga keluarga mereka masing masing. Mami bukannya bermaksud mami tak akan tinggal bersama anak anak apabila mereka telah dewasa kelak tetapi harapan mami, walaupun mami tinggal bersama, dari segi kewangan mami boleh berdikari dan tidak membebankan anak anak. Bahkan impian mami, biar mami yang sediakan segala tempat tinggal dan makan pakai mereka sehingga mami benar benar tidak mampu lagi. Mami tak nak anak cucu mami bergelut untuk memperbaiki hidup mereka sendiri dalam masa yang sama terpaksa pulak nak tanggung mami. Mami mahukan mereka punya jiwa yang tenang dalam mengharungi kehidupan mereka. Itu yang mami mahukan. Sukar bunyinya tetapi mami tahu ianya tidak mustahil.
Contoh melalui teladan.
Itu adalah benar. Anak anak kita akan melakukan apa yang ibubapa mereka lakukan kerana dalam pemikiran kita, sekiranya kita sebagai ibubapa boleh dan dibenarkan melakukannya, bermaksud mereka pun diwajarkan dalam menurut perlakuan kita walaupun yang negatif. Mami sudah penat membaca bangsa mami diperlekehkan dan dicaci kat internet sana sebab perlakuan segelintir yang tidak bertanggungjawab terhadap bangsa dan juga diri sendiri. Sakit hati mami bila membaca laman web yang terang terangan menghina bangsa mami dan mengatakan yang orang kita kaki botol, mundur dan bodoh. Tetapi mami tak dapat nak melatah la pulak sebabnya, KENAPA mereka mereka ini sanggup berkata sedemikian rupa?
bangsa Iban sangat kaya tetapi kita sendiri tidak menyedarinya..kaya budaya, kaya semangat..cuma yang penuh semangat dapat menarikan tarian ngajat yang sebegini rupa.
Kita dicemuh kerana dari nenek moyang kita dulu kita adalah kuli kepada bangsa lain walaupun mami tahu banyak anak bangsa mami yang telah berjaya menempatkan diri mereka di tempat yang baik seangkatan dengan bangsa maju yang lain. Mami sendiri sekarang banyak kenal dan bergaul dengan bangsa kita yang berkedudukan tinggi seperti pemilik syarikat perniagaan sendiri, jurutera, peguam yang handal, akauntan dan majistret. Bahkan mami sekarang ni pun bekerja untuk anak bangsa mami sendiri yang berjaya membuka syarikat pembinaan gas dan minyak setelah bertungkus lumus bersaing dengan bangsa lain untuk sampai ke tahap ini.
Seperti yang mami sentiasa nyatakan, bangsa Iban samgat berbakat, kuat dan bersemangat tetapi kita kurang dorongan. Pertama sekali bagi mami, kita kena ubah cara minda kita berfikir. Jangan berfikir untuk kepentingan diri sendiri. Sekiranya ada anak bangsa kita yang menjalankan perniagaan, sokonglah mereka dengan menjadi pelanggan bukannya bersikap mendengki dan cuba menjatuhkan saudara tersebut.
Bagi ibu ibu di luar sana, jangan melabur dalam barang kemas. Dah bukan trend pun nak pakai barang kemas berjela jela zaman sekarang ni. Laburkan duit yang berlambak lambak tu dalam perniagaan atau kalau tak pandai berniaga, laburkan dalam saham. Betapa banyak saham yang diperuntukkan untuk bumiputera yang menawarkan pulang yang menakjubkan. Galakkan anak anak untuk bersekolah, beri semangat untuk anak memajukan diri. Jangan panggil anak sendiri bodoh kerana setiap patah kata dari mulut seorang ibu adalah doa untuk anaknya.
bakat dalam seni adalah darah daging kita..gunakan keunikan kita untuk melangkah lebih jauh ke depan.
Cantik cantik dan ayu semuanya..pilihlah jalan yang bijak dan jadikan diri layak untuk dihormati.
Untuk wanita Iban yang terkenal dengan bakat dan keayuan mereka di luar sana, bekerja lah..belajar setakat yang anda mampu sekiranya berpeluang. Wanita pemangkin keluarga. Sekiranya wanita dapat menjadi pembantu kepada nakhoda, nescaya sampailah ke destinasi yang diidamkan dengan jayanya. Jangan takut untuk bersaing. Jangan takut untuk merebut peluang. Jangan takut untuk melakukan sesuatu yang baru. Jangan tergesa gesa nak menjadi seorang isteri. Nikmati lah hidup anda terlebih dulu dan timbalah sebanyak mana pengalaman yang boleh sebelum mengikat diri anda dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Dan paling penting sekiranya anda memilih untuk menjadi seorang isteri, pilihlah untuk menjadi seorang isteri yang berkerjaya. Sebabnya, suami lebih hormat kepada isteri yang dapat menonjolkan kebolehan diri dan berdikari. Lagipun baik sekiranya dapat menyumbang untuk ekonomi keluarga kan?
Untuk pemuda pemuda Iban yang gagah...keluar lah ke luar sana dan tunjukkan lah kebolehkan dan kekuatan otot anda semua. Tunjukkan kehensaman anda semua, tiada salahnya tetapi rupa saja kalau tak dapat nak beri makan anak bini pun susah jugak kan. Bangsa kita bangsa yang bertekad. Jangan lupa semangat nenek moyang kita dari dulu yang pertama mula membuka penempatan di tempat kita sekarang ini. HINDARI ARAK!! Rupa hensem kalau dah terliur mabuk disebabkan arak, memang hodoh, tak payah nak cuba. Kalau nak beristerikan isteri yang baik baik, datangnya dari keluarga yang baik baik, menjadi pemabuk bukanlah caranya. Dan percayalah dengan mami, 10 tahun dari sekarang saudara yang hensem ini pastinya berharap yang mereka punya isteri dari orang yang baik baik.
Yang suami dan bapak bapak pulak, juga HINDARI ARAK!! Cukuplah kita sengsara bergelut dalam mencari makan seharian untuk sesuap nasi untuk keluarga kita, janganlah memberi contoh teladan yang tidak baik kepada anak anak kita dengan berTUANkan arak. Tidak pernah pulak mami tengok apa apa kebaikan yang terhasil dengan berkawan dengan si ARAK ni. Yang terajang bini ada lah..yang anaknya tak nak sekolah lagi adalah..sebab dalam minda mereka, ibubapa mereka tak perlu nak belajar tinggi pun dapat nak survive. Tapi kita semua sedia maklumkan..setakat survive tu tak mandatangkan kesenangan untuk diri kita dan keluarga kan. ELAKKAN BERHUTANG!! Kalau gaji setakat 3 ribu tu, tak payah nak terhegeh hegeh nak pandu kereta Honda yang ansurannya RM1000 sebulan. Cukup lah yang dapat merayap kat atas jalan raya tu. Tak usah nak bergaya tapi bini anak kat rumah kelaparan. HINDARI SIFAT KAKI PEREMPUAN!! Sebabnya, bangsa Iban tak boleh nak kahwin dari satu. Tak percaya dengan mami? Boleh tanya dengan sesiapa bijak pandai kat luar sana. lawyer ke, menteri ke..Dan kalau statusnya bukan isteri kita yang sah, tak ada baiknya. Menjatuhkan lagilah ada.
kita semakin moden dari segi kehidupan..jangan tinggalkan pemikiran kita di tahap yang masih mundur.
Oopss..terlebih panjang pulak entry mami kali ni. Mami sebenarnya mahukan perubahan minda dikalangan orang orang mami. Bukan mami menegur nak menjatuhkan semua..BUKAN SAMA SEKALI..teguran mami agar kita dapat membuka mata kita kepada perkara yang mungkin dapat mendatangkan kebaikan kepada masa depan bangsa kita.
Dan entry mami ni pun mami tak berharap sangat yang banyak orang mami sendiri yang akan membacanya. Entah, kadang memang mami kecewa dengan sikap tak endah bangsa sendiri. Sikap yang mengongkong generasi baru kita untuk berkembang. Apa apa pun, mami tak putus harapan. Sesiapa yang masih berminat untuk iklan kerja yang mami iklankan tu, silalah email ke email mami ielica@dcsbco.com resume anda dan mami akan cuba untuk membantu setakat yang mampu.
Akhir kata, maaf andainya bicara mami menganggu jiwa. Terima kasih kepada yang membaca dan memberi pendapat. Sokongan anda amat bermakna bagi mami.
AGIK IDUP AGIK NGELABAN tetapi janganlah kita ‘ngelaban’ (melawan) orang lain tetapi lawan lah diri kita sendiri..lawan tenaga dan pemikiran negatif yang ada dalam diri kita dan bawakan semangat positif yang baru untuk kita bersaing di luar sana.
SALAM untuk semua...










