Wednesday, April 21, 2010

Rabu 21/04/2010 6.18pagi


Sejuknya subuh ini..hari pun masih gelap lagi. Mami sengaja bangun awal sikit pagi ni untuk menunaikan hajat kawan kawan yang mahukan mami menulis sesuatu tentang sahabat di ruangan blog mami ini. Sebab mami ni memang sayangkan kawan kawan mami dan juga jenis yang tak suka mengecewakan orang lain terutamanya kawan kawan..tiada salahnya mami tunaikan permintaan mereka. sekali sekala bangun awal macam ni pun seronok juga, dinginnya aduh...

mami dulukan dengan ucapan selamat pagi untuk semua yang membaca coretan mami kali ini..telah agak lama mami tidak menulis di sini kerana kesibukan menguruskan bisnes butik online mami.

SAHABAT.....

bunyinya indah betul..maksudnya sama seperti kawan cuma jarang kita gunakan istilah ini dalam perbualan kita melainkan ketika kita menulis esei dan secara formal. okay..bila kita katakan atau memanggil seseorang itu sebagai sahabat kita maka, kita telah pun commited untuk satu perjanjian dalam diam yang tanpa kita sedari untuk berada di sisi orang tersebut, menyokong dan berada di sisinya setiap kali insan yang bergelar sahabat itu memerlukan kita..itu pendapat mami. berjanji di dalam hati untuk jujur dalam perhubungan itu, untuk setia dan memahami..paling penting bagi mami semuanya bermula dengan menerima sahabat itu seadanya..tanpa syarat. itulah resipi untuk menjadi sahabat kepada seseorang dan menjadikan seseorang itu sahabat kita.

kalau nak di tanya kepada mami..bagaimana sahabat yang benar benar boleh dianggap sebagai sahabat itu, semuanya sungguh sujektif. tiada jawapan yang mutlak. tetapi mami nak kongsi sedikit kisah yang mungkin dapat kita ambil sebagai iktibar di sini dalam kita menjadi seorang sahabat kepada sahabat yang lain....

semalam bila mami sedang layan pelanggan mami di 'butik' mami tiba tiba saja seorang sahabat mami dari zaman sekolah dulu muncul kat chatbox mami...sudah agak lama juga kita tidak berbual panjang kerana masing masing sibuk dengan urusan masing masing. sahabat ni memang lama dah mami kenal..sejak zaman sekolah dulu..mami tinggal satu bilik asrama dengan dia dan mami sampai sekarang memang anggap dia ni sebagai sahabat mami, walaupun berjauhan dan terikat dengan tanggungjawab diri yang berbeza kita masih bertukar cerita sekali sekala (syukurlah adanya teknologi canggih yang bergelar internet seperti hari ini).

okay..sambung cerita mami..sahabat tadi terus tanya.."perasan tak kawan kita si polan tu dah removed kita dari friend list dia kat fb sana" kawan tadi bertanya..mami jawab "o ya kah..tak pulak mami perasan.." mami ni jenis yang tak ambil kisah sangat, lagipun si polan yang dikatakan memang jarang sekali get in touch dengan mami..memang mami tak perasan dengan dia..maaf ye..

then sahabat tadi cakap lagi..."sampai hati dia..semua kita dia removed tau..bukan nya baru kenal dia setahun 2 tahun..pendek kata dari kecil lagi kita kawan..tiba tiba je buat cam ni. entah apa sebab dia.." keluh sahabat mami tadi...mami ni jenis yang tak suka nak buat kesimpulan dulu.

"mungkin ada sebabnya tu" kata mami cuba memujuk hati sahabat mami tu. lepas tu mami tinggalkan perbualan kami dan bertanya khabar masing masing...

ok berbalik kepada persoalan kita mengupas kisah SAHABAT ni...selepas seketika dalam kepala mami timbul macam macam idea..sebab bagi mami memang tak ada sebab juga nak buat sahabat kita macam tu kan..kalau sahabat tu ada salahnya, tegur..jangan buat tindakan yang boleh melukakan hati seorang sahabat yang sentiasa bersama kita setiap kali kita memerlukan...MEMERLUKAN..satu lagi perkataan yang berkaitan dengan kupasan kita pagi ini..

terus terang, pertama sekali mami fikir (maaf bukan nak menilai tetapi menyuarakan kemungkinannya) mungkin suami si polan tadi tu tak suka si polan tadi kawan dengan kita..si polan tadi berkahwin dan menetap di semenanjung..mami pernah juga dengar cerita yang suaminya si polan tadi ada sikit pelik perangainya terhadap kawan kawan si polan tadi...tapi biarlah setakat ini sahaja mami cerita pasal si polan ni..cuma mami perasan sahabat mami tadi memang terluka dengan perlakuan si polan tadi yang removed dia dari senarai sahabat di fb nya...bagi mami pun, setidaknya hargai lah sikit perhubungan itu dengan berterus terang tentang apa apa yang si polan tadi rasa menyebabkan dia patut berbuat demikian terlebih dahulu...mami lebih respect kalau orang tu terus terang dengan kita...tindakan dari belakang sebegini rupa memang tidak jujur..apalagi diaorang ni memang dah kawan dari kecil lagi.


berbalik kepada MEMERLUKAN pula...di sinilah kita mahu adanya seseorang yang bergelar shabat. dalam FB mami pernah nampak kawan yang bertanya adakah seorang yang boleh bergelar sahabat sejati?

well..its all depends on how u defined the word "SEJATI" pulak...bagi mami..kenapa tidak? sejati tidak bermaksud yang mesti sempurna..sejati bagi mami bermaksud dia adalah diri dia yang sebenar, ada bila diperlukan, dan boleh diharap untuk menyokong tanpa menilai perbuatan kita tetapi lebih kepada memahami kita dan apa jua keputusan yang kita ambil dalam kehidupan kita.


setiap kali seorang sahabat memerlukan kita, sebolehnya kita berada di sisinya (bukan maksud mami secara zahirnya sahaja)...walaupun jauh, kadang kadang kita dapat membantu dalam memberikan pandangan dan nasihat. mami selalu bila sahabat atau kawan yang perlukan sesuatu, sekurang kurangnya mami fikir..mami ada bagi dia idea atau cadangan untuk mendapatkan atau menyelesaikan masalah dia..sebab kalau nak minta mami sokong dari segi kewangan, mami pun orang susah juga..jadi mami bantulah apa yang patut dan mampu.

tetapi jangan lupa..kadang kala mendengar adalah paling berkesan dalam sebuah persahabatan. mendengar...tanpa menilai tindakan sahabat tadi..tidak perlu untuk kita komen panjang lebar dan nasihat berguni guni sebab kadang kadang kawan kita yang sedang serabut tu pun dah tak larat nak terima apa apa lagi..yang dia nak, ketenangan..ketenangan yang dia boleh dapat dengan meluahkan kepada seseorang...di situlah perlunya sahabat sejati...mendengar...

tidak berat syaratnya kan untuk menjadi seorang sahabat?

ada juga mami pernah berkawan @ bershabat dengan seseorang...kemudian bila kawan mami ni dah berkahwin dan punya kehidupan yang selesa, mami kena tinggal pula...ni jenis yang tidak memerlukan sahabat selepas merasakan kehidupan mereka begitu selesa, adanya kemewahan, dan suami yang menjaga makan pakai mereka..tetapi jangan tak beringat pulak sebab mami sendiri punya pengalaman, bila mahligai itu tidak berjaya...pertama yang kita cari adalah insan yang bergelar sahabat tadi....mami bukan cakap kosong ..mami pernah mengalaminya sendiri. tapi bagi mami, mami tetap mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

"lebih baik kalau kita berpaut pada dua dahan..patah dahan yang satu, ada lagi dahan yang satu lagi..."

mungkin keadaan lebih mudah untuk mami kerana suami mami jenis yang tak kisah mami nak berkawan dengan sesiapa...selalunya kawan mami pun kawan suami mami juga...

bagi mami, pentingnya sahabat ni juga..mereka selalunya menjadi alarm kepada kita..terutamanya dalam perhubungan kita sebagai wanita dengan insan yang bergelar lelaki..teman lelaki. pernah mami tengok dan perhatikan..seorang kawan yang kemaruk dengan teman lelakinya sehinggakan apa apa yang mami suarakan tentang sifat lelaki tersebut (yang mami dapat nampak segala keburukannya) langsung tidak diterima pakai oleh sahabat ini...sahabat ini telah buta oleh kasih sayangnya kepada lelaki tersebut dan oleh kata kata manis untuk memujuk setiap kali mami hampir berjaya untuk menyedarkan sahabat mami ini tentang betapa teruknya perangai lelaki ni...akhirnya sahabat ini memusuhi mami setelah mami berkeras untuk dia meninggalkan teman lelakinya selepas menjadi bantal tumbuk dan sepak terajang lelaki tersebut. masa itu ...tak dapat mami nak gambarkan perasaan mami...kecewa kerana sebagai sahabat, mami tak dapat nak selamatkan sahabat mami ni dari seorang pemangsa..sedih sebab selepas sekian lama menjadi sahabat, mami kehilangan dia (bukan mami yang tinggalkan dia tetapi dia yang melarikan diri dan bersembunyi dari mami)...dalam masa yang sama ini menyedarkan mami yang betapa kuatnya pengaruh seorang pendera terhadap mangsanya...sebab itulah mami sentiasa menentang mendera terhadap wanita sehingga ke hari ini.

beringatlah....sekiranya sahabat anda menegur perlakuan teman lelaki atau suami anda...there must be something fishy about it....

ok..kita sudahkan kisah sahabat mami tu kat sini saja..

beralih kepada kisah yang lain pula....ada juga yang bila bersahabat, terlalu obses. kawan mami pernah cerita tentang obses berkawan ni dengan mami. biar mami bagi ringkasan saja apa maksudnya..

jenis yang obses ni, kalau nak sahabat, dia nak orang tu bersahabat dengan dia saja..tak ada nak kawan ramai ramai dengan orang lain..bahayanya.ia boleh menjurus kepada cemburu dan irihati.

"kaban...makai kaban ..kaban.."

satu baris dari sebuah lagu dalam bahasa iban yang bermaksud..kawan makan kawan..mami kongsi secara ringkas tentang seorang yang mami pernah gelar sebagai sahabat juga suatu masa dulu...kita berkawan memang rapat..selalu keluar bersama..bekerja bersama..then suatu hari mami terlibat dengan suatu masalah dan mami ceritakan masalah mami dengan harapan si sahabat ni tadi ada mendengar, sekurangnya tidak la mami terbeban sangat..tapi yang berlaku..sejak hari tu kawan ni tadi terus lesap...;)


zaman sekolah dulu mami dianggap sombong kerana mami lebih berkawan dengan yang lebih senior dari mami...mami baru mengetahui tentang perkara ni dari seorang kawan juga...tetapi mami tak ambil kisah sangat kerana terus terang bagi mami..memang ramai yang tak layak jadi kawan mami masa tu..sebabnya...mami tahu nak tengok orang macam mana..mami tak suka nak kawan kemudian mendengki orang lain..banyak yang mami tengok masa zaman sekolah dulu macam tu..bahkan ada yang sampai sekarang pun masih sama perangainya....

sekarang ni mami banyak la juga jumpa kawan kawan baru kat facebook sana tapi yang sahabat sejati memang tidak banyak..selalu mami suka bila sokong kawan kawan kat facebook sana...cuma mami agak terkilan bila ada segelintir kawan yang bagi mami agak berlebihan dalam mendifinisikan diri mereka..yang selalunya menjurus kepada keangkuhan...mami suka kawan yang merendah diri..humble & down to earth..kawan begini memang senang nak dibawa berkongsi....bila seseorang terlalu memandang tinggi diri mereka pun, akan buat orang lain tak selesa nak berkawan dengan mereka..selalunya mereka ini akan dapat kawan yang hanya akan bersama mereka di waktu senang....

akhir sekali mami nak imbas kembali seorang sahabat mami yang dari 10 tahun lepas (semenjak zaman sekolah menengah) sampai sekarang bila mami jumpa dia kat facebook hari tu..terharu betul hati mami..tak berubah orangnya...inilah sahabat yang tak pernah menilai mami dan kesalahan yang mami lakukan..sepanjang tempoh mami bersahabat dengan dia ni..mami pun bangga dengan diri mami kerana mami berjaya memepertahankan persahabatan kami dengan kesetiaan....


sekarang ada juga sahabat mami yang mami boleh katakan sejati..tetapi cuma beberapa orang sahaja...mai dah pernah kenal banyak orang..dah masak dengan perangai manusia...ada yang nak kawan dengan mami (kawan lelaki) bila dapat tahu mami dah ada suami dan anak anak terus cabut...hehehe..itu lah yang dikatakan nak kawan sebab ada udang di sebalik batu...ada yang juga nampak mami ni humble semacam mungkin juga fikir mami ni tak cukup class untuk kawan dengan dia orang..tetapi bagi mami...semuanya perkara biasa..perangai manusia banyak mengajar mami untuk terus bersikap rendah diri..walau di mana pun kita berada sekarang, tetap ada yang lebih baik daripada kita..jangan sesekali merendahkan orang lain dan menganggap diri kita lebih bijak, lebih cantik dan lebih bertuah dari yang lain..kedudukan kita sama..yang membezakan kita adalah attitude kita...;)


janganlah berhenti untuk mempercayai orang sekeliling kita...di luar sana sentiasa ada sahabat untuk setiap kita..hargailah sahabat itu..jauhilah pengaruh yang negative dan jagalah perangai kita agar tidak melukakan sahabat yang lain..sebab kit apun tak nak orang buat perkara yang tak elok dengan kita kan....



akhir sekali...MAMI NAK UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT DAN KAWAN KAWAN MAMI SEBAB TERUS MENYOKONG MAMI DALAM SEGALA PERBUATAN MAMI YANG BAIK DAN SENTIASA MENGINGATKAN MAMI APABILA MAMI MULA MENYIMPANG DARI ARAH YANG BETUL...

terharu betul bila pertama kali set up online butik mami..begitu banyak kawan kawan dan sahabat yang menyokong dan membantu dalam memberikan idea dan pandangan mereka...memberikan semangat untuk mami terus melakukan yang terbaik....

TERIMA KASIH SEMUA....








Wednesday, April 14, 2010

lagi anak menjadi mangsa

8.10 malam 14/04/2010 Rabu


baru je mami nak duduk menulis blog di sini mami terganggu sebentar dengan tajuk berita di Buletin Utama TV3, lagi kanak kanak meninggal dunia akibat didera. sesak rasa nafas mami..ini adalah berita kedua dalam tahun ini tentang kanak kanak yang meninggal akibat dari sikap kita sebagai ibubapa yang tidak punya belas dan kesabaran..

biar mami berikan sekilas lalu isi beritanya di sini;

(i) kanak kanak perempuan berusia 3 tahun dikejarkan ke klinik swasta jam 7 pagi tadi dan setibanya di klinik, doktor mengesahkan yang anak malang ini telahpun meninggal dunia 2 jam sebelumnya

(ii) doktor mendapati lebih dari 30 kesan lebam di tubuh mangsa

(iii) mangsa dikatakan telah mengalami kecederaan selama seminggu sebelum dihantar ke klinik untuk rawatan

(iv) seorang lelaki yang dikatakan bapa tiri mangsa berumur 28 tahun, yang juga penganggur ditahan bersama dengan seorang wanita berusia 24 tahun (yang mungkin ibu mangsa), pasangan ini juga mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 bulan


selebihnya kita tunggu perkembangannya esok...


terkedu sebentar mami bila mendengar usia anak malang ini cuma 3 tahun juga seusia dengan mangsa sebelum ini yang juga didera oleh pasangan kepada ibu mangsa. anak mami juga dalam lingkungan umur tersebut.


apalah nak jadi dengan dunia kita..semakin hari semakin banyak perkara yang melampau yang kita dengar...budak kecil tu, setakat manalah tenaganya nak menanggung semua sepak terajang dari seorang dewasa. memang mami pun kadang kadang hampir hilang sabar bila anak anak kita yang tidak mengerti apa apa itu melakukan sesuatu yang boleh membingungkan kita, tetapi sekiranya kita tangankan anak sampai tahap anak terlolong sakitnya...takkan itu pun tak buat kita berhenti..sebab adakalanya mami pun marahkan anak sampai serak suara mami nak handle 2 orang budak yang berumur 2 dan 3 tahun tapi tidaklah sampai meninggalkan bekas di badan anak. kalau kita nampak si ayah yang hilang sabar, kita lah yang ingatkan untuk bersabar..tidaklah jadi macam ni sampai tahap lebam lebam dan paling teruk..meninggal. ni yang mami nampak sangat, kesnya selalu bapa tiri atau teman lelaki si ibu yang melakukan penderaan..di mana pula si ibunya? tolonglah..awak dah lahirkan anak ini kemudian awak tak pulak buat apa apa bila orang lain sakitkan anak yang awak penat penat lahirkan itu...apakah kasih sayang seorang lelaki lebih penting? bagi mami..sama juga seperti yang mami selalu uar uarkan tentang penderaan terhadap wanita di luar sana, sekiranya sekali kita melihat teman lelaki kita (bagi yang berstatus janda dan punya anak dari perkahwinan sebelumnya) menyakiti anak kita dalam apa jua cara (penderaan fizikal atau seksual), cabut..!!

mami memang tak faham..mami tengok anak mami jatuh sakit pun mami nangis jangan lagi nak sengaja sakitkan anak..

di manakah perikemanusiaan kita..ke manakah hilangnya pertimbangan kita? yang menjadi mangsa selalunya memang yang lemah...

mami tak nak la cakap pasal yang mendera..mami lebih suka nak cakap pasal si ibu ni..mana dia? awak tak layak jadi ibu, jangan jadi ibu...kalau dah jadi ibu, sengaja atau tidak, jalankan tanggungjawab. sekarang dah jadi sampai macam ni..nak tunjuk muka nangis nangis depan TV pulak..

satu kemusykilan bagi mami kenapa kes sebelum ni, si ibu tidak pula didakwa bersubahat..padahal si ibu pun menyedari yang teman lelakinya memang sepanjang masa mendera anaknya di depan semua orang..ni sampai orang luar yang jadi kesian dengan anaknya yang menegur perbuatan teman lelaki si ibu tadi. mana ibunya..itu yang mami nak sangat tahu..

bagi mami, patutnya si ibu pun dikenakan tindakan sama..ni tak..muncul je kat Tv nangis nangis..nak nangis apanya..anak dah ninggal..

mami harap lah selepas ini, pihak yang bertanggungjawab segeralah mengambil langkah untuk pencegahan kalau boleh..kita tak peduli ada yang dipenjarakan atau tidak..yang kita mahu..tidak ada lagi anak yang menjadi mangsa..

satu lagi yang mami rasa pun penting juga..kita sebagai masyarakat dalam satu komuniti..kalau dah hari hari dengar si polan tu belasah anaknya..buat laporan polis...selalu mami tahu, kita cakap kita tak nak masuk campur urusan orang lain tapi kalau yang jadi mangsanya adalah anak yang tak tahu nak mempertahankan dirinya, bukankah tanggungjawab kita yang lebih tahu untuk berfikir ni untuk menjadi pelindung kepada yang lemah?


memang juga sukar dalam komuniti kita, kita takut dituduh sibuk dengan tepi kain orang lain..sampaikan mami sekali pernah menyaksikan perkara serupa (bercakap pasal membantu orang pulak bukan sibuk dengan urusan orang)..masa tu, mami masih menyewa dengan suami di bandar di sebuah bangunan flat 3 tingkat..adalah suatu malam hampir tengah malam, tiba tiba mami dan suami terdengar jeritan perempuan meminta tolong..


mami segera berkejar ke beranda (yang berdepan dengan jalanraya) dan mami dan suami nampak yang seorang pemuda sedang menarik tangan seorang gadis yang mami agak adalah remaja..budak perempuan ni tadi asyik cakap:

'aku tak nak! aku tak nak! aku nak balik!'

bila mami tengok lelaki tadi masih juga macam memaksa, mami pun jerit dari beranda suruh dia tinggalkan budak perempuan tu, tapi dia langsung tak peduli..jiran jiran lain..sebentar tadi yang masih menyala lampu tiba tiba je jadi senyap dan gelap rumah mereka...bayangkan..

kemudian mami dan suami nampak sebuah kereta lalu mengekori dia orang (lelaki dan budak perempuan tadi) jadi mami tahu lah apa masalahnya..mereka dalam kereta tadi tu kawan kepada budak lelaki yang asyik paksa budak perempuan tu ikut diaorang..

last last..mami call kawan mami yang kebetulan adalah seorang CID..mami pun ada jerit nak telefon polis kalau dia masih jugak tak lepaskan perempuan tu..mami cuba panggil perempuan tu naik ke rumah mami (yang di tingkat 2 ) tetapi habis mami call kawan mami, dia orang dah tak de pulak..entahlah..sampai sekarang mami rasa agak bersalah kerana tidak dapat membantu..haraplah tidak apa yang buruk berlaku...


jadi kepada semua manusia kat luar sana..jangan lah terlalu mementingkan diri sendiri..bantulah sekiranya anda nampak seseorang yang di dalam kesusahan..

berbalik kepada kisah anak yang malang tadi..mami harap la lepas ni tak ada lagilah terjadi macam ni..lemah jantung mami dengar cerit asedih macam ni..kita ni manusia..takkan tak ada belas langsung..

mungkin sudah sampai masanya semua pasangan yang berkahwin (tidak mengira caranya) dimestikan dalam mengikuti kursus kekeluargaan (bukan setakat sebagai suami isteri) yang merangkumi aspek keibubapaan dan sebagainya..

memang mami percaya..ilmulah yang dapat mengatasi semua kejahilan ini..

my prayer for this child..may her soul be with our Father in heaven..rest in peace my child..

dewan rakayat vs market ikan

selamat pagi semua...

pagi ini mami nak kongsi la kisah yang mami simpulkan dari apa yang mami tengok dalam berita TV3 malam tadi..persidangan dewan rakyat di mana seorang teman ahli dewan yang telah ditegur oleh Yang Dipertua dewan rakyat. dikatakan ditegur keras..hmmm



mami tabik betullah dengan yang dipertua ni..memang sangat adil ..semua tidak dikecualikan dari tindakan ..sesiapa yang melakukan keslahan memang akan dikenakan tindakan..tidak mengira pembangkang atau pihak yang bukan pembangkang..lega hati mami ..sekurangnya ada juga yang masih menjalankan tanggungjawab tanpa rasa bias..sebelum mami pergi lebih jauh mami nak katakan yang pandangan politik mami neutral ya..mami tak mendaftar sebagai pengundi lagipun ..ada lah sebabnya kenapa..sekarang mami nak kongsi tentang apa yang berlaku di dewan rekayat semalam.

selalu mami tengok bila dewan rakyat bersidang..adus..manusia yang digelar wakil rakyat dan juga pemimpin menunjukkan belang masing masing..masa inilah segala sifat sifat sebenar mereka ini dapat kita saksikan bagaikan sarkas pulak..

selalu mami tukar channel bila berita tentang persidangan ni keluar kat Tv tapi malam tadi mami amat tertarik kerana ia menunjukkan satu lagi sikap manusia yang bergelar ahli politik ini memberikan sedikit pengajaran kepada kita.

dikatakanlah tadi yang dikenakan tindakan ini mengugut seorang lagi rakan persidangan yang semestinya dari kumpulan yang bertentangan..sekiranya anda faham maksud mami..ketika di lobi parlimen yang dikenakan tindakan tadi mengugut si polan yang seorang lagi dan kembali ke dalam dewan persidangan tindakan itu telah ditegur dan diberi amaran keras oleh yang dipertua dewan rakyat.

tak payah lah mami cerita betapa hebohnya keadaan di dalam pulak..mereka ni kalau dapat bertumbuk memanglah bertumbuk hendaknya. kadang kadang lucu pulak melihat gelagat mereka yang dianggap propfesional ini bila bertukar menjadi emosional pulak..kadang kadang memang melampau la mami tengok...yang menegur pun hilang adap, yang ditegur pun melenting pulak..

sambung balik cerita mami tentang teguran yang dipertua dewan tadi..bila ditanya oleh wartawan di luar dewan adalah pulak yang kena tegur tadi tu menafikan yang dia ada melakukan kesalahan ..masih lagi nak tanya apa salah dia..lagi cakap dia bukan budak kecil nak ditegur begitu..la..kalau la begini sikap kita sebagai individu bagaimana la pulak rakyat nak pilih dan harapkan kita jadi pemimpin..? tak dapat nak terima teguran secara profpesional..bukannya yang dipertua dewan nakkan dia minta maaf apa pun..cuma menegur je..itupun dia dah naik angin..entahlah..

bagi mami lah..kalau la pihak yang satu lagi selalu dikenakan tindakan dan teguran yang lebih teruk kenapa yang di pihak sebelah lagi fikir mereka tidak patut untuk dikenakan tindakan pulak..bagi mami ..sebagai yang memimpin kena lah tunjuk contoh kepada rakyat yang menonton persidangan tu..

ada masanya mami menyampah betul bila mereka saling menuding jari dan menjerit hoi! hoi! kepada satu sama lain..kalaulah kita tak tahu yang itu adalah persidangan dewan rakyat mungkin kita nak juga katakan yang market ikan kat pasar pagi lagi aman..tak ada perasaan benci..inikah yang kita mahukan untuk rakyat kita..

mami hairan kenapa mereka yang dah jauh lebih berusia dari generasi muda kita di hari ini tidak dapat duduk berbincang baik baik, menggunakan perkataan yang bersopan dan tidak terlalu menunjukkan emosi mereka. come on la..jutaan orang yang menonton tu..

tidak salah kalau orang menegur, kita jawab pelan pelan. kalau kita cakap pelan pelan orang pun akan diam untuk mendengar apa yang cuba kita katakan..memekik tidak mungkin akan membuat orang hormat dengan kita..menyemarakkan amarah orang lain adalah..itulah kadang kadang , mami pun tak faham apa yang diaorang bentangkan bila ada yang menjerit dan menghentam meja...


sekali lagi mami memang tabik la dengan yang dipertua malam tadi..syukur masih ada yang lebih bertanggungjawab..kalau yang ditegur tak dapat menerima teguran apa boleh kita lakukan..cuma diharap perlakuan mereka ini tidak dianggap sebagai perlakuan profesional wakil rakyat kita oleh orang dari luar..nanti apa kata orang pulak.

bagi mami..di mana mana pun, kalau berbicara dengan orang lain hendaklah dengan rasa hormat walaupun orang tersebut adalah saingan kita. berlaku dan berkata tidak senonoh tidak membantu sama sekali walau sebagus mana pun 'grammar' yang kita gunakan, walau setinggi mana pun pendidikan kita. rasa hormat tidak muncul dengan kata kata yang menghina atau menjatuhkan orang lain..

fikir fikirkanlah..banyak pemimpin dan orang yang dihormati..pernahkah kita mendengar mereka berkata kesat? kalau ya..adakah kita masih merasa dia patut dihormati?

Tuesday, April 13, 2010

panas!!















.....gegirl & gwen berendam mengelak panas....




ini bukannya tentang cerita panas atau gosip tapi memang benar benar tentang cuaca yang tengah menggila sekarang ni..terlampau panas..kesian budak budak tidur pun tak dapat lama disebabkan suhu yang terlalu tinggi.

mungkin sekarang kesannya makin kita rasai..apa yang dikatakan sebagai pemanasan global dan kesan kesan jangka panjang dari fenomena tersebut. manusia terlalu leka..kalau la betul suhu naik sehingga 1 darjah setiap tahun bayangkan 5 tahun akan datang suhu di siang hari mungkin sampai ke tahap 37 (sekarang dalam 31-32 pun dah terlalu panas)...

kerana terlalu panas maka kita akan mengggunakan tenaga dalam bentuk elektrik yang berlebihan pula untuk pendingin hawa..dan akibatnya pula penjana utama kita mungkin tidak akan dapat menampung segala keperluan ini yang memungkinkan terjadinya kerosakan yang lebih teruk.

ramai yang mengatakan inikah tandanya pengakhiran dunia? sudah pun beberapa kali kita menonton dan membaca di laman web tentang pengakhiran dunia ini, dan kita tidak banyak bercakap tentangnya kerana bila kita cuba untuk berkongsi perkara ini kebanyakan dari kita akan menafikan dengan berselindung di sebalik ungkapan bersifat keagamaan..well my friends..i dont think this is about religious belief anymore..

buka mata, buka minda kita..sekarang masalah ini bukannya permasalahan agama lagi yang mana kita selalu dengar orang di sekeliling kita mengungkapkan..may God bless us..ini tidak akan dapat dihentikan dengan doa semata mata..sekarang sampai ke tahap yang mana ianya perlukan semua kita sebagai manusia yang mendiami bumi ini untuk bertindak..bertindak bersama..kita telah lama mulakan dengan mengurangkan penggunaan plastik dan recycle..

tetapi apalah sangat yang dapat seorang seperti kita lakukan..ia perlukan mungkin hampir separuh dari penduduk dunia untuk menjadikan bumi ini kembali pulih..

kita selalu membutakan diri dengan petanda yang ada di depan mata..entahlah ..kita amat berharap tarikh 21/12/2012 yang dikatakan sebagai hari terakhir kita di bumi ini adalah omong kosong semata mata..kalau tidak, tidak dapat kita bayangkan bagaimana nasib anak anak kita nanti..petunjuk terlalu banyak tetapi kita harap ia akan dapat kita tangani...

di samping cuaca yang begitu kejam, di tambah lagi dengan kemunculan wabak dan penyakit yang tiadanya penawar menambahkan sangsi kita..tetapi apa yang kita dapat lakukan? kita seorang pun bukannya dapat mengubah apa apa..

semoga apa yang kita semakin kerap saksikan kebelakangan ini bukanlah peranda berakhirnya kehidupan kita di atas muka bumi ini tetapi sekiranya ia adalah satu teguran untuk manusia mungkin kita patut memberikan perhatian berhubung perkara ini..

BERUBAHLAH......

selamat pagi semua..cuaca panas terik di tempat kita tapi banyak juga kawan kawan yang tempat mereka turun hujan di pagi hari ini..cuaca yang tak menentu..badan pun kadang kadang tak mampu nak lawan kepanasan yang semakin meninggi suhunya saban hari.

pagi ini kita nak berkongsi tentang satu artikel yang kita baca awal pagi ini, muka depan Utusan Sarawak hari ini terpampang wajah seorang warga tua yang berkerja sebagai nelayan yang terpaksa menanggung 15 ahli keluarganya yang lain hanya dengan rezeki menangkap ikan secara kecil kecilan. aduhai..sampailah begitu sekali kesukaran yang terpaksa ditanggung di saat usia menginjak senja..sepatutnya di usia ini pak cik nelayan kita tak payah nak berkerja begitu kuat membanting tulang. anak anak ramai..sepatutnya ketika ini pak cik tua kita memikirkan untuk menghabiskan hari tuanya dengan lebih tenang.

untuk makluman semua, anak perempuan yang tua sudah berkahwin dan mengikut suaminya, tinggal anak perempuan yang baru berpisah dengan suami bersama seorang lagi anak kecil untuk disuap. 3 orang anak tiri yang remaja dan yang lain anak beliau sendiri yang masih dalam zaman persekolahan (tidak pula dinyatakan samada semua anak anak ini masih bersekolah atau sebaliknya).

simpati? memang kita simpati tetapi dengan pak cik tua ini, tidak dengan anak anak beliau yang sepatutnya sudah tahu berdikari tanpa membebankan pak cik tua ini. tidak punya tempat tinggal sendiri, tinggal dengan mak bapa bukan satu kesalahan tetapi akan menjadi kesalahan la pulak bila yang menumpang pun mengharap untuk disuap sama seperti budak budak kecil yang lain.

ditinggalkan suami? (anak yg tua dan cucu) kenapa tidak menuntut nafkah? ada nafkah diberi bekas suami tetapi tidak mencukupi? kita tinggal di kawasan kampung, tanah tempat rumah kita tersergam punya la besar tapak nya, bercucuk tanam lah..janganlah dibebankan orang tua dengan permasalahan kita. tanam sayur sendiri..kita sendiri pun masih bercucuk tanam di laman belakang rumah untuk berjimat cermat. kenapa yang benar benar memerlukan tidak terfikir pulak dan berikhtiar untuk berbuat begitu? bukannya susah pun..

sepatutnya ikhtiar itu dapat membebaskan mereka ini dari kesukaran hidup mereka. ramainya anak gadis..si ibu boleh la mengajar anak anak gadis ini untuk membuat kuih umpamanya dan anak anak yang remaja boleh tolong berjaja. anda pasti terkejut kalau kita katakan kita punya kawan yang cuma berniaga roti canai tapi dapat menjana sehingga RM300 setiap hari dan sekurangnya RM600(seminggu) hasil membekalkan kuih ke sekolah. masa bekerjanya cuma 3-4 jam sehari..pendapatan lebih dari mereka yang berkerja di pejabat selama 8 jam sehari.

jangan sesekali membiasakan anak anak kita sekadar duduk menunggu bantuan dan bermenung seharian di saat hidup dilanda musibah..carilah jalan untuk memperbaiki hidup sendiri..kalau kita rasa kita susah, banyak lagi yang susah sekiranya mereka pun menunggu tanpa berbuat apa apa tetapi berharap agar orang lain dapat membantu.

persoalannya lagi.sekiranya ada wakil rakyat yang tampil untuk membantu pun, berapalah yang dapat beliau hulurkan..50kg beras? 20kg gula? dalam sebulan untuk ahli keluarga seramai 15 orang, 50 kg beras memang tak cukup. duit RM500? dapat bertahan sampai bila?

dari perhatian kita, ini juga adalah satu masalah. bila orang kita punya pendapatan, mereka cuma berfikir untuk membelanjakan pendapatan tersebut tetapi jika kita lihat yang lebih bijak, dapat rm500, daripada memikirkan bagaimana untuk membelanjakan duit tersebut, mereka akan memikirkan bagaimana hendak meningkatkan atau menggandakan duit tersebut agar dapat menjana pendapatan yang berterusan.

kita bukannya nak salahkan sesiapa tambahan pula kita memang simpati dengan pak cik nelayan ni, tetapi beliau sepatutnya bersuara dalam mengikhtiarkan penyelesaian kepada kemelut keluarganya. cadangkan kepada isteri dan anak anak untuk berniaga kuih secara kecil kecilan dulu. kita tidak percaya ahli keluarga yang seramai 15 orang ini tidak dapat bersama memikul tanggungjawab yang besar ini. memang kita selalu berkata tidak menggalakkan anak anak remaja atau yang sedang di alam persekolahan untuk membebankan diri mereka dengan tugas menyara keluarga tetapi sekiranya benar benar pak cik tua ini tidak mampu memikul beban seorang diri, bahagikanlah tugas di kalangan anak anak, yang dapat dilakukan di luar waktu persekolahan untuk mencari rezeki yang halal untuk meringankan beban mereka. dalam kes ini, nampaknya ada tenaga yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan, isteri dan beberapa anak anak gadis yang telah pun remaja.

janganlah kita memberi teladan untuk anak anak gadis kita untuk duduk menunggu jodoh sahaja tanpa melakukan apa apa untuk memajukan diri mereka. sikap inilah yang sekiranya diwarisi turun temurun akan menyebabkan generasi kita sentiasa ketinggalan. ditakdirkan jodoh anak gadis kita dari orang berada atau berpendapatan tetap pun, kalau mereka tidak punya teladan untuk mendidik anak anak mereka pula untuk memajukan hidup sendiri, bagaimana pulak jadinya dengan anak anak mereka nanti?

semuanya kembali kepada yang asas..MENTALITI..memang kita rasa apa yang idola kita Tun Dr. Mahathir Mohd. katakan sepanjang zaman pemerintahan beliau adalah benar semuanya.."berubah lah..kerana jika kita tidak berubah..kita tidak akan dapat berjaya.." begitulah kiranya seruan beliau. tetapi orang kita, memang susah hendak berubah. kerana bagi kita berubah bermaksud lupakan identiti diri..kita terlalu taksub untuk mempertahankan sejarah asal usul kita sehingga kita takut untuk menuju ke depan..kita takut untuk meninggalkan kebiasaan kita.

apalah yang dapat lagi kita katakan..kalau kita bercakap lebih kita akan dikecam pulak..itulah orang kita..

berbalik kepada kisah di atas, memang satu saja penyelesaiannya..BERUBAH...walau apa pun, kita hormat dan kagum dengan kesungguhan pak cik nelayan ini dalam menanggung segala beban tersebut tetapi kita memang tidak kagum sama sekali dengan anak anak yang mampu dalam membantu tetapi tidak berbuat demikian sebaliknya tambah membebankan..


Monday, April 12, 2010

kanowit thru my eyes...

we'd moved to this small place about 3 yrs ago..a remote place..small town about 1 hr drive from sibu division in sarawak region. honestly, i'd never been in this place before my husband was posted here. but here i am now, a kanowit resident for 3 yrs. but i would like to share my feeling and view towards this small little town so that i can bring the memories with me anywhere in the future..

well, to tell the truth i do not fell in love in every aspects of living here. i am a fast person..slow town is not for me. i like energy every time i woke up in the morning but the humbleness of this place did teach me a lot..especially those related to family value & community.

i learn to slow down a little bit (for i became a fultime housewife since this place offer me no job whatsoever)more focused to my family welfare especially my children. i do feel grateful, in a way this place offer me a space to learn more about my ability to be a stay at home mom and wife. and of course i am not in the top list for the job.

but what i really appreciate is a chance to know the reality of life of my own people (majority here are iban, and me myself is one of a kind) that is still in need more than we used to think of. in need of more facilities..especially for their transportation @ traveling method. in need of other basic utilities such as tap water and electricity. in need of more chance for the youngsters that is just finished their high school, in need of more medical facilities for we only have 3 doctors working in the district hospital and one have to have a very long que to get a medical attention here. i will discuss more about this in the future.

other than that..i like to say that i kind of like it about the community here. may be because we are living at a government quarters area, so most of us staying here because of our duty and we have one similarity..that is we are all outsider. we used to walk around in the town after working hour, having a nice walk at the waterfront, taking our children to have evening tea at neighbors lawn (though i rarely did this)and i am glad that i have few mothers to share with.

and the difficult part for me is the privacy. where i lived before this, we used to stay out of others business, rarely went out from our house and tried very hard not to poked our nose into others affairs. but here, even a person like me that is a bit hard to be popular can be popular..one mistaken step..everyone will know about it in the very next morning. so the lesson is, keep on stay out of others business..;) that is for me and it works so far.

what i hate most about this place is..too small..every day, when we were so bored tug in our small little home all the time, and we think we want to have some fresh air..well what we can do just drove around and around the 'pasar' area.

and too far from a city..1 hr drive to sibu consumed about rm30 in mileage for return trip. if u need to cater for your bills or insurance or shopping, u might need to have a day off. the food here? not bad indeed but i really appreciate it if we can have more fresh seafood in the morning market. the household? hmm..we get used to it..paying extra 2 or 3 RM for most of the things..well..who are we to complaint?

i think i will let it go here..despite all the contras i do like some of the pro. the people are nice and friendly..i did make some contact for my business here and what i really hope is that this place will open up more doors to the youngsters originated form here. and i wish this place can be more than it is today because i do can see some potential especially in agriculture area ..as many can see more and more oil palm plantation was set up in this district. hopefully in the future this industry will bring prosperity to the people here and the town itself..

may God bless kanowit and the people in it..

(_.·´¯`·×». Mystic Myspace Layout - CoolSpaceTricks.com : Myspace Layouts, Premade Myspace Layouts, Free Layouts for Myspace, Myspace Backgrounds

(_.·´¯`·×». Mystic Myspace Layout - CoolSpaceTricks.com : Myspace Layouts, Premade Myspace Layouts, Free Layouts for Myspace, Myspace Backgrounds
sudah beberapa hari sudah kita tak dapat online disebabkan masalah jaringan internet kat rumah kita semakin teruk..bil broadband baru dibayar..tup..tup..lepas tu tak dapat pulak nak pakai..geram pun ada tapi sekiranya kita mengikut perasaan pun bukannya dapat menyelesaikan masalah pun..baru je beberapa hari yang lepas kita terbaca kat dalam akhbar yang mana pihak kerajaan menyeru syarikat rangkaian internet di negara kita untuk memperbaiki perkhidmatan kita memandangkan semakin banyak pelanggan yang menggunakan khidmat rangkaian mereka yang membuat laporan mengatakan bahawa perkhidamatan adalah semakin teruk dan kadangkala terlalu perlahan..
entahlah..kita pun tak faham la apa sebenarnya masalah yang mereka tak dapat selesaikan..dulu bila kita mula pakai, elok je line kat sini..lepas 2 3 bulan, kita baru je lepas bayar bil terus tak dapat pakai pulak..kecewa betul dengan perkhidmatan yang teruk begini kerana kita sepatutnya berhak untuk mendapatkan khidmat yang baik memandangkan kita pun tak pernah punya masalah untuk menyelesaikan bil dan ini juga merupakan kali pertama kita merungut..selalu kekawan kat facerbook yang merungut kita pun mengalami masalah yang sama tapi kita lebih suka berdiam diri..tetapi beberapa hari ni memang langsung kita tak dapat online..dah bisnes kita semuanya memerlukan kita untuk online..
di tambah paranya akibat permasalahan itu tadi..handset pun dah tak punya line 3G lagi..apahal pulak tiba tiba boleh hilang padahal selamanya ni memang dah ada pun semua tu..kalau dari dulu tak de tak apalah jugak..
persoalannya sekarang apa jadi selepas ni..macam mana dengan kita? nak potong terus..kita memang perlu untuk menggunakan perkhidmatan ini, nak teruskan ..kalau sampai bulan depan nak bayar lagi bil tetapi pun tak dapat juga nak pakai..macam mana pulak tu..kita bayar percuma pulak dah..
kita benar benar kecewa la dengan perkara ni..sepatutnya semua ni tak berlaku..tugasan harian yang memerlukan kita untuk online semuanya tak dapat nak disiapkan..masalah kepada semua yang bekerja dari rumah..kalau terus terusan macam ni macam mana kita nak gelar negara kita maju pulak..
semua ni menyebabkan urusan kita tergendala..kalau yang bisnes besar tu hadapi masalah cam ni siapa pula yang nak bertanggungjawab?

Friday, April 9, 2010

budak pembantu kedai makan

jam 10.55 pagi..baru saja kembali dari pasar tamu membeli sayur untuk masakan hari ini. sempat juga membawa anak anak untuk bersarapan mi goreng kat kedai tadi.

setelah habis, ketika dalam perjalanan untuk keluar dari kedai makan tersebut, mata kita terpandang satu susuk tubuh kecil sedang duduk di tepi sebuah besen longgokan pinggan mangkuk kosong. begitu tekun mengasing dan membersihkan pinggan mangkuk tersebut, empunya diri tidak perasan yang kita sedang memerhatikannya.

sayu hati kita..usianya mungkin dalam 10-12 tahun begitu..sepatutnya di usia sebegitu dia berada di sekolah bersama rakan rakan yang lain bukannya memeras tenaga bekerja di sebuah kedai makan begitu. terfikir kita..kita selalu berharap dan berusaha agar anak anak kita tidak perlu bersusah payah memikirkan soal kehidupan terutamanya yang berkaitan duit. kita cuma mahu anak anak kita menumpukan perhatian dalam memajukan diri dan masa depan mereka. biarlah kita yang memikul tanggungjawab untuk mencari rezeki bagi menampung persekolahan mereka dan mereka cuma perlu belajar sehingga ke tahap yang paling tinggi sekiranya berupaya.

hiba hati bila memikirkan yang budak tadi tidak bernasib baik untuk menikmati zaman persekolahannya..sepatutnya itu tidak menjadi masalah kerana seperti yang kita sentiasa sedar dan tahu, sistem pendidikan di negara kita tidak serumit mana, ibubapa digalakkan malah diwajibkan untuk menyekolahkan anak anak mereka..tiada soal mampu atau tidak kerana kerajaan kita begitu banyak kemudahan dan bantuan untuk kanak kanak yang bersekolah. ada biasiswa dan juga bantuan dari dalam bentuk peralatan dan pakaian seragam sekolah dan proses untuk memohon bantuan serta syarat juga amatlah longgar. yuran sekolah juga hampir ke tahap sifar..jadi, di manakah silapnya sehingga ada juga anak anak kita yang tidak dapat menikmati kemudahan dan peluang yang tersedia ini.

persoalan di dalam minda kita ialah..sekarang, di manakah peranan ibubapanya pula? kenapa tidak kita berusaha sedaya mungkin mendapatkan bantuan sekiranya perlu untuk masa depan anak anak ini?

kita pernah nampak seorang ibu yang sanggup menggadaikan barang kemasnya semata mata untuk menghantar anaknya belajar ke kolej swasta setelah tidak mendapat peluang di universiti awam (mujurlah kemudian anaknya mendapat pinjaman PTPTN), seorang ayah menjual beberapa ekar tanah untuk menghantar anak ke luar negeri bagi menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran, adik yang terpaksa berkorban duit tabungnya demi untuk membantu abangnya yang terpilih untuk menjalani kursus perguruan di sebuah maktab. semua ini kita pernah nampak...

entahlah..jika diikutkan hati kita memang ingin membantu semua..andai suatu hari kita punya peluang untuk membantu anak anak ini bagi mendapatkan peluang pendidikan yang mereka layak untuk mendapatkannya, memang itulah yang pertama akan kita lakukan.

sebagai ibubapa, janganlah kita berputus asa dalam membantu anak anak kita bagi mencari peluang untuk mereka memajukan diri dalam kehidupan mereka. jangan melakukannya kerana kita berharap untuk mendapatkan sesuatu dari sumbangan kita itu (seperti mengharap anak untuk membela dan membiayai hari tua kita)tetapi lakukanlah kerana ia adalah tanggungjawab terbesar kita dan begitu besarlah juga pahalanya sekiranya anak anak kita bersyukur dengan kehidupan yang telah kita berikan kepadanya.

pernah kita mendengar segelintir ibubapa yang setelah tamat sekolah menengah anak anak mereka, terus dipaksa untuk mencari pekerjaan agar dapat meringankan beban mereka..bagi kita amatlah tidak wajar sama sekali tindakan ini dan juga tidak bertanggungjawab..memang kita faham ada segolongan keluarga yang mungkin hidupnya adalah begitu sukar sehinggakan ibubapa ingin segera melepaskan bebanan yang ditanggung dalam membesarkan anak anak secepat yang mungkin. tetapi harus kita sedar, zaman ini, SPM sama sekali tidak dapat menjamin masa depan golongan muda ini. dari perhatian kita, sekarang ini, sekurang kurangnya golongan muda memerlukan segulung ijazah untuk menempa peluang yang lebih luas. kita tentunya tidak ingin anak anak kita bergelut dalam mencari peluang yang sekelumit hanya semata mata mereka tidak punya sekeping kertas yang sepatutnya tidak sukar untuk mendapatnya sekiranya mendapat sokongan dan bantuan dari kita sebagai ibubapa..

renung renungkanlah..maaf sekiranya ada yang menyinggung sesetengah pihak..kita cuma ingin berkongsi pandangan dalam perkara ini dan berharap agar anak anak kita akan berjaya di dalam hidup mereka suatu hari nanti..dan semuanya bermula dari insan yang mereka panggil ibu dan bapa..

sekian..sehingga bertemu kembali..;)

Thursday, April 8, 2010

my first time...

ihai..this is my first time in blogging..i do have one blog for my online boutique but this is much more different..with this i hope that i can share any story @ acquaintances experiences so that we can learn & have guide to go in our life.

semoga dengan adanya blog ini akan dapatlah hendak nya saya berkongsi cerita dan pengalaman dari rakan rakan yang lain utk kit ajadikan pedoman dalam kita menempuhi hidup kita seharian..

pertama kali saya menulis di sini pada petang ini..saya ingin berkongsi pengalaman bertemu seorang rakan baru di dalam facebook..yang mana gadis ini amat menarik minat saya (sebelum ini saya agak tidak ambil peduli) setelah peristiwa malam tadi di mana teman lelaki beliau telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya digunakan oleh seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang pernah dia berkongsi kasih sayang..


biarlah saya rahsiakan segala butiran lain di sini kerana saya tidak mahu nanti timbul pula isu yang lain & juga demi rasa hormat akan hal peribadi orang lain tetapi saya cuma ingin berkongsi sebab mengapa gadis ini telah menarik perhatian saya sejak peristiwa itu.


pertama, secara jujurnya..inilah pertama kali saya melihat seorang perempuan yang tahu berfikir menggunakan akal fikiran dlm menghadapi situasi yg sebegini rupa..beliau tidak membiarkan dirinya dibuli dgn kata kata kesat dan bijak bertindak dlm mempertahankan maruahnya sendiri..ramai wanita di luar sana yg pernah saya lihat, tunduk kepada penderaan samada secara lisan(kata2 mencemuh dan meghina) ataupun penderaan secara fizikal (menyakiti tubuh bdn) hanya kerana mereka takut akan kesakitan dgn terurainya kasih sayang itu.


tidak dinafikan yg sebagai kekasih mmg semestinya kita punya kasih syg yg mendalam terhadap teman lelaki kita ttp ramai wanita disebabkan kasih sayang ini tidak mampu utk berfikir menggunakan akal fikiran ttp mnggunakan hati mereka..ikutkan hati yg sayang..takut kesakitan kecewa sekiranya hubungan ini terputus..


teman sekalian..seperti yg saya pernah timbulkan di dln group fb saya ME LADY CLUB, sekiranya seorang wanita itu merelakan perlakuan yg menjatuhkan maruah dan martabatnya sbg seorang wanita, maka wanita tersebut telahpun bersubahat dlm membenarkan perlakuan yg sama dilakukan terhadap wanita yg lain. renung renungkanlah...


sekiranya anda sering berasa tidak puas hati atau bersedih secara diam diam kerana perlakuan atau tingkah laku teman lelaki atau suami anda spt mengeluarkan kata2 yg melemahkan semangat anda, mengejek perbuatan anda, memperkecilkan anda ataupun mngeluarkan kata2 kesat dan berbaur ugutan terhadap anda, maka telah terjadinya suatu penderaan secara lisan di situ. tidak perlu utk anda menunngu tubuh anda lebam lebam, sekiranya sekalipun anda diugut oleh lelaki yg sepatutnya melindungi anda sbg seorg isteri dan ibu kpd anak2 nya, jgn bertahan lagi..segeralah meminta bantuan dari ahli keluarga atau rakan2..jabatan kebajikan masyarakat punya polisi yg amat baik ttg perkara ini.


jangan menjadikan anak2 sbg alasan utk bertahan dgn segala jns penderaan kerana anak2 yg ibunya didera tdk akan dpt membesar secara sihat..percayalah..anda adalah contoh kpd anak anda..sekiranya anda mengiyakan perlakuan ini maka anak perempuan anda kemungkinan akan mengalami nasib yg sama..adakah anda mahukan itu?



**maksud penderaan emosi yg pernah seorang kanuselor di jabatan kebajikan terangkan kepada saya ialah;


~apabila anda diugut secara lisan dan merasa bimbang atau takut akan keselamatan anda untuk keluar rumah dan melakukan tugas harian anda, maka itu adalah penderaan emosi



tetapi saya juga pernah berhadapan situasi di mana pihak yg bertanggungjawab dlm penguatkuasaan -pihak polis- tidak menerima pernyataan tersebut sbg satu ugutan (utk mndptkan plindungan mahkamah agar org yg mndera @ mengugut anda x dbenarkan utk mendekati anda, anda perlu membuat laporan polis terlebih dulu) dan ini amatlah menyukarkan pihak yg menjadi mangsa dlm melepaskan diri dari kemelut ini..malah saya pernah mendengar seorg pegawai polis mengejek teman saya yg mmbuat laporan berkaitan perkara ini dgn berkata."mungkin dia cakap kau hati hati& kau jaga2 tu maksudnya kau hati2 lintas jalan ke.." (suami teman tadi mengugut teman kerana hdk bercerai dgn kata ancaman..'jaga kau' & 'kau hati hati lah nanti'...


jadi kesimpulannya..di manakah arah tuju yg sepatutnya selain dari kita membantu diri sendiri..keluar sebelum terlambat seperti yg kwn baru saya telah lakukan..jgn mengharapkan kaki buli @ kaki pukul wanita utk berubah kerana itu adalah mustahil..(diingatkan..di Malaysia kita tdk punya pkhidmatan permulihan utk masalah seperti ini)


dengan ini saya akhiri dengan salam hormat..silalah berkongsi pendapat anda dan bersopanlah dlm berbuat demikian kerana kita rakyat malaysia, hidup berbagai rumpun..harusla menjaga sensitiviti pihak yang lain...


terima kasih..sehingga jumpa lagi..



Followers

About Me

My photo
i am a working from home mother of 3 young & active kids, i always like to share opinion with others & i never tired of learning new things, meeting new people is my passion..i have a goal that one day, i will be able to have all those dreams to come true & apart from that i am very hardworking person and i am not a whiner..i was a dropout during secondary school but i never get anything @ anyone to become between me & my aim..learn as much as i can about almost anything that can make me a positive & better person..