Thursday, April 8, 2010

my first time...

ihai..this is my first time in blogging..i do have one blog for my online boutique but this is much more different..with this i hope that i can share any story @ acquaintances experiences so that we can learn & have guide to go in our life.

semoga dengan adanya blog ini akan dapatlah hendak nya saya berkongsi cerita dan pengalaman dari rakan rakan yang lain utk kit ajadikan pedoman dalam kita menempuhi hidup kita seharian..

pertama kali saya menulis di sini pada petang ini..saya ingin berkongsi pengalaman bertemu seorang rakan baru di dalam facebook..yang mana gadis ini amat menarik minat saya (sebelum ini saya agak tidak ambil peduli) setelah peristiwa malam tadi di mana teman lelaki beliau telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya digunakan oleh seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang pernah dia berkongsi kasih sayang..


biarlah saya rahsiakan segala butiran lain di sini kerana saya tidak mahu nanti timbul pula isu yang lain & juga demi rasa hormat akan hal peribadi orang lain tetapi saya cuma ingin berkongsi sebab mengapa gadis ini telah menarik perhatian saya sejak peristiwa itu.


pertama, secara jujurnya..inilah pertama kali saya melihat seorang perempuan yang tahu berfikir menggunakan akal fikiran dlm menghadapi situasi yg sebegini rupa..beliau tidak membiarkan dirinya dibuli dgn kata kata kesat dan bijak bertindak dlm mempertahankan maruahnya sendiri..ramai wanita di luar sana yg pernah saya lihat, tunduk kepada penderaan samada secara lisan(kata2 mencemuh dan meghina) ataupun penderaan secara fizikal (menyakiti tubuh bdn) hanya kerana mereka takut akan kesakitan dgn terurainya kasih sayang itu.


tidak dinafikan yg sebagai kekasih mmg semestinya kita punya kasih syg yg mendalam terhadap teman lelaki kita ttp ramai wanita disebabkan kasih sayang ini tidak mampu utk berfikir menggunakan akal fikiran ttp mnggunakan hati mereka..ikutkan hati yg sayang..takut kesakitan kecewa sekiranya hubungan ini terputus..


teman sekalian..seperti yg saya pernah timbulkan di dln group fb saya ME LADY CLUB, sekiranya seorang wanita itu merelakan perlakuan yg menjatuhkan maruah dan martabatnya sbg seorang wanita, maka wanita tersebut telahpun bersubahat dlm membenarkan perlakuan yg sama dilakukan terhadap wanita yg lain. renung renungkanlah...


sekiranya anda sering berasa tidak puas hati atau bersedih secara diam diam kerana perlakuan atau tingkah laku teman lelaki atau suami anda spt mengeluarkan kata2 yg melemahkan semangat anda, mengejek perbuatan anda, memperkecilkan anda ataupun mngeluarkan kata2 kesat dan berbaur ugutan terhadap anda, maka telah terjadinya suatu penderaan secara lisan di situ. tidak perlu utk anda menunngu tubuh anda lebam lebam, sekiranya sekalipun anda diugut oleh lelaki yg sepatutnya melindungi anda sbg seorg isteri dan ibu kpd anak2 nya, jgn bertahan lagi..segeralah meminta bantuan dari ahli keluarga atau rakan2..jabatan kebajikan masyarakat punya polisi yg amat baik ttg perkara ini.


jangan menjadikan anak2 sbg alasan utk bertahan dgn segala jns penderaan kerana anak2 yg ibunya didera tdk akan dpt membesar secara sihat..percayalah..anda adalah contoh kpd anak anda..sekiranya anda mengiyakan perlakuan ini maka anak perempuan anda kemungkinan akan mengalami nasib yg sama..adakah anda mahukan itu?



**maksud penderaan emosi yg pernah seorang kanuselor di jabatan kebajikan terangkan kepada saya ialah;


~apabila anda diugut secara lisan dan merasa bimbang atau takut akan keselamatan anda untuk keluar rumah dan melakukan tugas harian anda, maka itu adalah penderaan emosi



tetapi saya juga pernah berhadapan situasi di mana pihak yg bertanggungjawab dlm penguatkuasaan -pihak polis- tidak menerima pernyataan tersebut sbg satu ugutan (utk mndptkan plindungan mahkamah agar org yg mndera @ mengugut anda x dbenarkan utk mendekati anda, anda perlu membuat laporan polis terlebih dulu) dan ini amatlah menyukarkan pihak yg menjadi mangsa dlm melepaskan diri dari kemelut ini..malah saya pernah mendengar seorg pegawai polis mengejek teman saya yg mmbuat laporan berkaitan perkara ini dgn berkata."mungkin dia cakap kau hati hati& kau jaga2 tu maksudnya kau hati2 lintas jalan ke.." (suami teman tadi mengugut teman kerana hdk bercerai dgn kata ancaman..'jaga kau' & 'kau hati hati lah nanti'...


jadi kesimpulannya..di manakah arah tuju yg sepatutnya selain dari kita membantu diri sendiri..keluar sebelum terlambat seperti yg kwn baru saya telah lakukan..jgn mengharapkan kaki buli @ kaki pukul wanita utk berubah kerana itu adalah mustahil..(diingatkan..di Malaysia kita tdk punya pkhidmatan permulihan utk masalah seperti ini)


dengan ini saya akhiri dengan salam hormat..silalah berkongsi pendapat anda dan bersopanlah dlm berbuat demikian kerana kita rakyat malaysia, hidup berbagai rumpun..harusla menjaga sensitiviti pihak yang lain...


terima kasih..sehingga jumpa lagi..



No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
i am a working from home mother of 3 young & active kids, i always like to share opinion with others & i never tired of learning new things, meeting new people is my passion..i have a goal that one day, i will be able to have all those dreams to come true & apart from that i am very hardworking person and i am not a whiner..i was a dropout during secondary school but i never get anything @ anyone to become between me & my aim..learn as much as i can about almost anything that can make me a positive & better person..