Wednesday, April 14, 2010

dewan rakayat vs market ikan

selamat pagi semua...

pagi ini mami nak kongsi la kisah yang mami simpulkan dari apa yang mami tengok dalam berita TV3 malam tadi..persidangan dewan rakyat di mana seorang teman ahli dewan yang telah ditegur oleh Yang Dipertua dewan rakyat. dikatakan ditegur keras..hmmm



mami tabik betullah dengan yang dipertua ni..memang sangat adil ..semua tidak dikecualikan dari tindakan ..sesiapa yang melakukan keslahan memang akan dikenakan tindakan..tidak mengira pembangkang atau pihak yang bukan pembangkang..lega hati mami ..sekurangnya ada juga yang masih menjalankan tanggungjawab tanpa rasa bias..sebelum mami pergi lebih jauh mami nak katakan yang pandangan politik mami neutral ya..mami tak mendaftar sebagai pengundi lagipun ..ada lah sebabnya kenapa..sekarang mami nak kongsi tentang apa yang berlaku di dewan rekayat semalam.

selalu mami tengok bila dewan rakyat bersidang..adus..manusia yang digelar wakil rakyat dan juga pemimpin menunjukkan belang masing masing..masa inilah segala sifat sifat sebenar mereka ini dapat kita saksikan bagaikan sarkas pulak..

selalu mami tukar channel bila berita tentang persidangan ni keluar kat Tv tapi malam tadi mami amat tertarik kerana ia menunjukkan satu lagi sikap manusia yang bergelar ahli politik ini memberikan sedikit pengajaran kepada kita.

dikatakanlah tadi yang dikenakan tindakan ini mengugut seorang lagi rakan persidangan yang semestinya dari kumpulan yang bertentangan..sekiranya anda faham maksud mami..ketika di lobi parlimen yang dikenakan tindakan tadi mengugut si polan yang seorang lagi dan kembali ke dalam dewan persidangan tindakan itu telah ditegur dan diberi amaran keras oleh yang dipertua dewan rakyat.

tak payah lah mami cerita betapa hebohnya keadaan di dalam pulak..mereka ni kalau dapat bertumbuk memanglah bertumbuk hendaknya. kadang kadang lucu pulak melihat gelagat mereka yang dianggap propfesional ini bila bertukar menjadi emosional pulak..kadang kadang memang melampau la mami tengok...yang menegur pun hilang adap, yang ditegur pun melenting pulak..

sambung balik cerita mami tentang teguran yang dipertua dewan tadi..bila ditanya oleh wartawan di luar dewan adalah pulak yang kena tegur tadi tu menafikan yang dia ada melakukan kesalahan ..masih lagi nak tanya apa salah dia..lagi cakap dia bukan budak kecil nak ditegur begitu..la..kalau la begini sikap kita sebagai individu bagaimana la pulak rakyat nak pilih dan harapkan kita jadi pemimpin..? tak dapat nak terima teguran secara profpesional..bukannya yang dipertua dewan nakkan dia minta maaf apa pun..cuma menegur je..itupun dia dah naik angin..entahlah..

bagi mami lah..kalau la pihak yang satu lagi selalu dikenakan tindakan dan teguran yang lebih teruk kenapa yang di pihak sebelah lagi fikir mereka tidak patut untuk dikenakan tindakan pulak..bagi mami ..sebagai yang memimpin kena lah tunjuk contoh kepada rakyat yang menonton persidangan tu..

ada masanya mami menyampah betul bila mereka saling menuding jari dan menjerit hoi! hoi! kepada satu sama lain..kalaulah kita tak tahu yang itu adalah persidangan dewan rakyat mungkin kita nak juga katakan yang market ikan kat pasar pagi lagi aman..tak ada perasaan benci..inikah yang kita mahukan untuk rakyat kita..

mami hairan kenapa mereka yang dah jauh lebih berusia dari generasi muda kita di hari ini tidak dapat duduk berbincang baik baik, menggunakan perkataan yang bersopan dan tidak terlalu menunjukkan emosi mereka. come on la..jutaan orang yang menonton tu..

tidak salah kalau orang menegur, kita jawab pelan pelan. kalau kita cakap pelan pelan orang pun akan diam untuk mendengar apa yang cuba kita katakan..memekik tidak mungkin akan membuat orang hormat dengan kita..menyemarakkan amarah orang lain adalah..itulah kadang kadang , mami pun tak faham apa yang diaorang bentangkan bila ada yang menjerit dan menghentam meja...


sekali lagi mami memang tabik la dengan yang dipertua malam tadi..syukur masih ada yang lebih bertanggungjawab..kalau yang ditegur tak dapat menerima teguran apa boleh kita lakukan..cuma diharap perlakuan mereka ini tidak dianggap sebagai perlakuan profesional wakil rakyat kita oleh orang dari luar..nanti apa kata orang pulak.

bagi mami..di mana mana pun, kalau berbicara dengan orang lain hendaklah dengan rasa hormat walaupun orang tersebut adalah saingan kita. berlaku dan berkata tidak senonoh tidak membantu sama sekali walau sebagus mana pun 'grammar' yang kita gunakan, walau setinggi mana pun pendidikan kita. rasa hormat tidak muncul dengan kata kata yang menghina atau menjatuhkan orang lain..

fikir fikirkanlah..banyak pemimpin dan orang yang dihormati..pernahkah kita mendengar mereka berkata kesat? kalau ya..adakah kita masih merasa dia patut dihormati?

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
i am a working from home mother of 3 young & active kids, i always like to share opinion with others & i never tired of learning new things, meeting new people is my passion..i have a goal that one day, i will be able to have all those dreams to come true & apart from that i am very hardworking person and i am not a whiner..i was a dropout during secondary school but i never get anything @ anyone to become between me & my aim..learn as much as i can about almost anything that can make me a positive & better person..