selamat pagi..lama sudah mami tidak menulis d i blog mami ni. semoga semua kwn2 sihat dan dlm keadaan baik semua nya..ini minggu ketiga mami bekerja dan tinggal di Bintulu. terpaksa berpisah dgn suami.
kesian betul mami tengok bebudak asyik tanyakan perihal daddy dia orang. hujung minggu lepas bukan main gembira bila nampak daddy nya datang. sepanjang hujung minggu mereka begitu ceria dan aktif. pagi tadi daddy dah kembali ke Sibu dan memang mami dah jangkakan, awal pagi, bangun saja bebudak terus tanyakan daddy..
banyak yang mami kena belajar kat sini, tempat kerja baru dan persekitaran yang serba serbi baru..
mami terpaksa memaksa diri untuk memandu di bandar yang begitu asing bagi mami ni, sehinggakan 2 hari pertama mami memandu, habis calar dan patah skirt depan kereta mami...hai..hati tak payah nak cakap nervousnya. selagi belum sampai di rumah selagi tu la mami tak senang.
tempat kerja mami sangat baik..rakan sekerja yang lain pun baik..paling best, bos mami sangat humble dan baik dengan kita orang termasuk yang berasal dari Iran. mami suka belajar perkara baru dan mami harap mami dapat melangkah lebih jauh dalam apa yang mami lakukan sekarang ini. cuma kena la berkorban sedikit, berpisah dengan suami.
mami harap, permintaan suami untuk berpindah akan diluluskan secepat mungkin. kalau dah seluruh ahli keluarga ada kat sini tak ada la bimbang sangat dengan satu sama lain. paling mami tak tahan tengok budak budak yang rindukan daddy mereka.
memang la tak mami nafikan, mami pun rindu la jugak dengan suami tetapi sekurang nya sebagai orang dewasa kita dapat nak kawal perasaan sendiri, lain betul dengan bebudak.. nak bawa diaorang keluar pun mami tak berani nak keluar sendirian tanpa suami.
masalah tempat tinggal pun belum selesai. sekarang ni masih lagi menumpang kat rumah mak cik. tak sedap la pulak menumpang lama lama..walaupun keluarga mak cik memang baik dengan kita. sebolehnya mami harap dalam bulan ni kita dapatlah tempat tinggal sendiri. tak nak menyusahkan orang lain.
ok la..setakat ni la dulu untuk kali ni..mami betul betul tak ada masa beberapa minggu kebelakangan ini. selepas semuanya settle nanti banyak yang mami nak kongsikan bersama dengan kekawan yang mengikuti blog mami..tidak la banyak mana tetapi mami memang suka nak luahkan rasa hati mami kat sini.
mami undur diri berjumpa lagi di lain masa...
