Friday, April 9, 2010

budak pembantu kedai makan

jam 10.55 pagi..baru saja kembali dari pasar tamu membeli sayur untuk masakan hari ini. sempat juga membawa anak anak untuk bersarapan mi goreng kat kedai tadi.

setelah habis, ketika dalam perjalanan untuk keluar dari kedai makan tersebut, mata kita terpandang satu susuk tubuh kecil sedang duduk di tepi sebuah besen longgokan pinggan mangkuk kosong. begitu tekun mengasing dan membersihkan pinggan mangkuk tersebut, empunya diri tidak perasan yang kita sedang memerhatikannya.

sayu hati kita..usianya mungkin dalam 10-12 tahun begitu..sepatutnya di usia sebegitu dia berada di sekolah bersama rakan rakan yang lain bukannya memeras tenaga bekerja di sebuah kedai makan begitu. terfikir kita..kita selalu berharap dan berusaha agar anak anak kita tidak perlu bersusah payah memikirkan soal kehidupan terutamanya yang berkaitan duit. kita cuma mahu anak anak kita menumpukan perhatian dalam memajukan diri dan masa depan mereka. biarlah kita yang memikul tanggungjawab untuk mencari rezeki bagi menampung persekolahan mereka dan mereka cuma perlu belajar sehingga ke tahap yang paling tinggi sekiranya berupaya.

hiba hati bila memikirkan yang budak tadi tidak bernasib baik untuk menikmati zaman persekolahannya..sepatutnya itu tidak menjadi masalah kerana seperti yang kita sentiasa sedar dan tahu, sistem pendidikan di negara kita tidak serumit mana, ibubapa digalakkan malah diwajibkan untuk menyekolahkan anak anak mereka..tiada soal mampu atau tidak kerana kerajaan kita begitu banyak kemudahan dan bantuan untuk kanak kanak yang bersekolah. ada biasiswa dan juga bantuan dari dalam bentuk peralatan dan pakaian seragam sekolah dan proses untuk memohon bantuan serta syarat juga amatlah longgar. yuran sekolah juga hampir ke tahap sifar..jadi, di manakah silapnya sehingga ada juga anak anak kita yang tidak dapat menikmati kemudahan dan peluang yang tersedia ini.

persoalan di dalam minda kita ialah..sekarang, di manakah peranan ibubapanya pula? kenapa tidak kita berusaha sedaya mungkin mendapatkan bantuan sekiranya perlu untuk masa depan anak anak ini?

kita pernah nampak seorang ibu yang sanggup menggadaikan barang kemasnya semata mata untuk menghantar anaknya belajar ke kolej swasta setelah tidak mendapat peluang di universiti awam (mujurlah kemudian anaknya mendapat pinjaman PTPTN), seorang ayah menjual beberapa ekar tanah untuk menghantar anak ke luar negeri bagi menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran, adik yang terpaksa berkorban duit tabungnya demi untuk membantu abangnya yang terpilih untuk menjalani kursus perguruan di sebuah maktab. semua ini kita pernah nampak...

entahlah..jika diikutkan hati kita memang ingin membantu semua..andai suatu hari kita punya peluang untuk membantu anak anak ini bagi mendapatkan peluang pendidikan yang mereka layak untuk mendapatkannya, memang itulah yang pertama akan kita lakukan.

sebagai ibubapa, janganlah kita berputus asa dalam membantu anak anak kita bagi mencari peluang untuk mereka memajukan diri dalam kehidupan mereka. jangan melakukannya kerana kita berharap untuk mendapatkan sesuatu dari sumbangan kita itu (seperti mengharap anak untuk membela dan membiayai hari tua kita)tetapi lakukanlah kerana ia adalah tanggungjawab terbesar kita dan begitu besarlah juga pahalanya sekiranya anak anak kita bersyukur dengan kehidupan yang telah kita berikan kepadanya.

pernah kita mendengar segelintir ibubapa yang setelah tamat sekolah menengah anak anak mereka, terus dipaksa untuk mencari pekerjaan agar dapat meringankan beban mereka..bagi kita amatlah tidak wajar sama sekali tindakan ini dan juga tidak bertanggungjawab..memang kita faham ada segolongan keluarga yang mungkin hidupnya adalah begitu sukar sehinggakan ibubapa ingin segera melepaskan bebanan yang ditanggung dalam membesarkan anak anak secepat yang mungkin. tetapi harus kita sedar, zaman ini, SPM sama sekali tidak dapat menjamin masa depan golongan muda ini. dari perhatian kita, sekarang ini, sekurang kurangnya golongan muda memerlukan segulung ijazah untuk menempa peluang yang lebih luas. kita tentunya tidak ingin anak anak kita bergelut dalam mencari peluang yang sekelumit hanya semata mata mereka tidak punya sekeping kertas yang sepatutnya tidak sukar untuk mendapatnya sekiranya mendapat sokongan dan bantuan dari kita sebagai ibubapa..

renung renungkanlah..maaf sekiranya ada yang menyinggung sesetengah pihak..kita cuma ingin berkongsi pandangan dalam perkara ini dan berharap agar anak anak kita akan berjaya di dalam hidup mereka suatu hari nanti..dan semuanya bermula dari insan yang mereka panggil ibu dan bapa..

sekian..sehingga bertemu kembali..;)

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
i am a working from home mother of 3 young & active kids, i always like to share opinion with others & i never tired of learning new things, meeting new people is my passion..i have a goal that one day, i will be able to have all those dreams to come true & apart from that i am very hardworking person and i am not a whiner..i was a dropout during secondary school but i never get anything @ anyone to become between me & my aim..learn as much as i can about almost anything that can make me a positive & better person..