selamat pagi semua..cuaca panas terik di tempat kita tapi banyak juga kawan kawan yang tempat mereka turun hujan di pagi hari ini..cuaca yang tak menentu..badan pun kadang kadang tak mampu nak lawan kepanasan yang semakin meninggi suhunya saban hari.
pagi ini kita nak berkongsi tentang satu artikel yang kita baca awal pagi ini, muka depan Utusan Sarawak hari ini terpampang wajah seorang warga tua yang berkerja sebagai nelayan yang terpaksa menanggung 15 ahli keluarganya yang lain hanya dengan rezeki menangkap ikan secara kecil kecilan. aduhai..sampailah begitu sekali kesukaran yang terpaksa ditanggung di saat usia menginjak senja..sepatutnya di usia ini pak cik nelayan kita tak payah nak berkerja begitu kuat membanting tulang. anak anak ramai..sepatutnya ketika ini pak cik tua kita memikirkan untuk menghabiskan hari tuanya dengan lebih tenang.
untuk makluman semua, anak perempuan yang tua sudah berkahwin dan mengikut suaminya, tinggal anak perempuan yang baru berpisah dengan suami bersama seorang lagi anak kecil untuk disuap. 3 orang anak tiri yang remaja dan yang lain anak beliau sendiri yang masih dalam zaman persekolahan (tidak pula dinyatakan samada semua anak anak ini masih bersekolah atau sebaliknya).
simpati? memang kita simpati tetapi dengan pak cik tua ini, tidak dengan anak anak beliau yang sepatutnya sudah tahu berdikari tanpa membebankan pak cik tua ini. tidak punya tempat tinggal sendiri, tinggal dengan mak bapa bukan satu kesalahan tetapi akan menjadi kesalahan la pulak bila yang menumpang pun mengharap untuk disuap sama seperti budak budak kecil yang lain.
ditinggalkan suami? (anak yg tua dan cucu) kenapa tidak menuntut nafkah? ada nafkah diberi bekas suami tetapi tidak mencukupi? kita tinggal di kawasan kampung, tanah tempat rumah kita tersergam punya la besar tapak nya, bercucuk tanam lah..janganlah dibebankan orang tua dengan permasalahan kita. tanam sayur sendiri..kita sendiri pun masih bercucuk tanam di laman belakang rumah untuk berjimat cermat. kenapa yang benar benar memerlukan tidak terfikir pulak dan berikhtiar untuk berbuat begitu? bukannya susah pun..
sepatutnya ikhtiar itu dapat membebaskan mereka ini dari kesukaran hidup mereka. ramainya anak gadis..si ibu boleh la mengajar anak anak gadis ini untuk membuat kuih umpamanya dan anak anak yang remaja boleh tolong berjaja. anda pasti terkejut kalau kita katakan kita punya kawan yang cuma berniaga roti canai tapi dapat menjana sehingga RM300 setiap hari dan sekurangnya RM600(seminggu) hasil membekalkan kuih ke sekolah. masa bekerjanya cuma 3-4 jam sehari..pendapatan lebih dari mereka yang berkerja di pejabat selama 8 jam sehari.
jangan sesekali membiasakan anak anak kita sekadar duduk menunggu bantuan dan bermenung seharian di saat hidup dilanda musibah..carilah jalan untuk memperbaiki hidup sendiri..kalau kita rasa kita susah, banyak lagi yang susah sekiranya mereka pun menunggu tanpa berbuat apa apa tetapi berharap agar orang lain dapat membantu.
persoalannya lagi.sekiranya ada wakil rakyat yang tampil untuk membantu pun, berapalah yang dapat beliau hulurkan..50kg beras? 20kg gula? dalam sebulan untuk ahli keluarga seramai 15 orang, 50 kg beras memang tak cukup. duit RM500? dapat bertahan sampai bila?
dari perhatian kita, ini juga adalah satu masalah. bila orang kita punya pendapatan, mereka cuma berfikir untuk membelanjakan pendapatan tersebut tetapi jika kita lihat yang lebih bijak, dapat rm500, daripada memikirkan bagaimana untuk membelanjakan duit tersebut, mereka akan memikirkan bagaimana hendak meningkatkan atau menggandakan duit tersebut agar dapat menjana pendapatan yang berterusan.
kita bukannya nak salahkan sesiapa tambahan pula kita memang simpati dengan pak cik nelayan ni, tetapi beliau sepatutnya bersuara dalam mengikhtiarkan penyelesaian kepada kemelut keluarganya. cadangkan kepada isteri dan anak anak untuk berniaga kuih secara kecil kecilan dulu. kita tidak percaya ahli keluarga yang seramai 15 orang ini tidak dapat bersama memikul tanggungjawab yang besar ini. memang kita selalu berkata tidak menggalakkan anak anak remaja atau yang sedang di alam persekolahan untuk membebankan diri mereka dengan tugas menyara keluarga tetapi sekiranya benar benar pak cik tua ini tidak mampu memikul beban seorang diri, bahagikanlah tugas di kalangan anak anak, yang dapat dilakukan di luar waktu persekolahan untuk mencari rezeki yang halal untuk meringankan beban mereka. dalam kes ini, nampaknya ada tenaga yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan, isteri dan beberapa anak anak gadis yang telah pun remaja.
janganlah kita memberi teladan untuk anak anak gadis kita untuk duduk menunggu jodoh sahaja tanpa melakukan apa apa untuk memajukan diri mereka. sikap inilah yang sekiranya diwarisi turun temurun akan menyebabkan generasi kita sentiasa ketinggalan. ditakdirkan jodoh anak gadis kita dari orang berada atau berpendapatan tetap pun, kalau mereka tidak punya teladan untuk mendidik anak anak mereka pula untuk memajukan hidup sendiri, bagaimana pulak jadinya dengan anak anak mereka nanti?
semuanya kembali kepada yang asas..MENTALITI..memang kita rasa apa yang idola kita Tun Dr. Mahathir Mohd. katakan sepanjang zaman pemerintahan beliau adalah benar semuanya.."berubah lah..kerana jika kita tidak berubah..kita tidak akan dapat berjaya.." begitulah kiranya seruan beliau. tetapi orang kita, memang susah hendak berubah. kerana bagi kita berubah bermaksud lupakan identiti diri..kita terlalu taksub untuk mempertahankan sejarah asal usul kita sehingga kita takut untuk menuju ke depan..kita takut untuk meninggalkan kebiasaan kita.
apalah yang dapat lagi kita katakan..kalau kita bercakap lebih kita akan dikecam pulak..itulah orang kita..
berbalik kepada kisah di atas, memang satu saja penyelesaiannya..BERUBAH...walau apa pun, kita hormat dan kagum dengan kesungguhan pak cik nelayan ini dalam menanggung segala beban tersebut tetapi kita memang tidak kagum sama sekali dengan anak anak yang mampu dalam membantu tetapi tidak berbuat demikian sebaliknya tambah membebankan..

No comments:
Post a Comment