Isnin
1.33pm
................rindu lagi la kita.......................
masa pun berlalu pergi....seminggu dengan kehadiran suami tak terasa. tiba masanya hubby kena balik ke tempat kerja, mami pulak kena la teruskan dengan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal lagi...sedih juga rasanya.
pagi pagi pukul 5.30 dah sampai terminal, hantar hubby nak bertolak ke Sibu. banyak la juga orang lain yang menggunakan kaedah pengangkutan yang sama tetapi mami pun tertanya la jugak kalau mereka pun terpaksa meninggalkan insan yang tersayang.
berbual bual sebentar dengan hubby, masa tak terasa pukul 6, bas hampir nak bertolak. berat betul hati mami...sebak tak payah nak cakap.
lepas hubby naik bas, terus mami masuk kereta. tak tertahan rasa hati, airmata mengalir la jugak..banyak betul la pengorbanan yang terpaksa keluarga kecil mami ini lakukan demi untuk kehidupan yang lebih sempurna untuk anak anak. tak terperi rasa pedih di hati terpaksa berjauhan dengan hubby.
ditambah pula dengan anak anak yang rapat dengan daddy mereka, saban hari mami menahan sebak bila mereka bertanya tentang daddy. ada masanya mami pun rasa macam tak terdaya tetapi mami dah janji dengan hubby, walau apapun, kita hadapi bersama, sekarang kena berfikir menggunakan akal fikiran, tiada ruang untuk menurut perasaan. segalanya demi masa depan kita sekeluarga. pahit mami tetap akan telan demi insan yang amat mami cinta dan sayang ini.
terubat sikit kerisauan bila si Adam pun ada sama temankan adik adik nya di cuti sekolah ni. beberapa hari lagi, adam pun nak balik dah meninggalkan kita merindui seorang lagi. andai dapat mami memilih memang mami pilih untuk keluarga ini berdiri teguh bersama, apakan daya semuanya bukan kita yang merancang.
moga permohonan hubby untuk berpindah ke sini dapat terlaksana dalam masa terdekat. paling mami risau bila fikirkan andai salah seorang dari kami terutamanya mami yang ketika ini menjadi tunggak untuk anak anak di sini jatuh sakit...siapalah tempat mami nak mengadu.
walau apapun, mami bersyukur kerana kurniaan yang lain, berjauhan untuk berkorban demi masa depan keluarga....mami pun dah biasa bersakit sakitan dulu. biarlah mami harungi segalanya sehari demi sehari.
mami pasti, di akhirnya, pengakhirannya memihak kepada mami dan keluarga mami. yang penting kita jujur dan ikhlas dalam niat kita. banyak lagi keluarga lain yang tinggal bersama tetapi tidak harmoni. memang setiap kali hubby tiada di sisi, bagai separuh jiwa yang hilang, cuma mami paksakan diri untuk mengharungi segalanya dengan tabah.
tak sabar pulak nak tunggu Jumaat tiba, hubby datang lagi. anak anak pun penuh dengan tawa riang mereka usik mengusik dengan daddy. berjauhan begini pun banyak juga mengajar kita untuk menghargai satu sama lain. terasa juga kita lebih memahami dan lebih bertolak ansur dengan satu sama lain sejak kebelakangan ini. kasih sayang lebih terasa.
teman teman pun banyak membantu....mami bersyukur betul dikurniakan sahabat sahabat yang memahami dan banyak mendorong mami. sekurangnya adalah juga aktiviti untuk mami habiskan masa macam butik online mami. tak la terasa sangat lambatnya masa.
apa apa pun kepada pasangan yang sedang berkasih sayang kat luar sana, mami dengan ikhlas nak ingatkan sesama kita, hargailah insan yang tersayang ketika mereka berada dekat dengan kita. sebab walaupun kita rasa hambar sebab selalu sangat nampak muka masing masing sebenarnya bila berjauhan barulah kita sedar, cinta itu ada di sana...
kepada ibu ibu yang terpaksa memikul tanggungjawab dalam menjaga dan membesarkan anak anak bersendirian disebabkan faktor tempat kerja yang jauh dengan suami..banyakkan bersabar dan tabahlah..di kala anda merasakan diri lemah, ingatlah bahawa ada insan comel yang perlukan kita untuk melakukan segala pergorbanan ini..
mami akan teruskan dengan janji mami untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik demi keluarga mami....

No comments:
Post a Comment