Thursday, June 3, 2010

::lama sudah rasanya::

khamis
03/06/2010
11.01 am

:: lama sungguh rasanya mami dh tak menulis di blog mami ni..rindu rasanya. nak mluahkan segala yg terbuku di dada, nak berkongsi cerita.
lebih sebulan sudah mami tinggal di bintulu, sejak hari pertama, banyak perkara yang berlaku, dugaan yang terpaksa ditempuhi tetapi mami sentiasa kuatkan semangat..dengan mendorong rakan rakan yang lain, berdoa untuk yang baik baik untuk semua orang. baru di tempat orang, asing rasanya tetapi mami memang kagum dengan bandar bintulu ni, banyak betul peluang yang mami nampak, sesuai untuk golongan muda mudi memulakan langkah dalam kehidupan mereka.
sebulan juga lah menumpang di rumah mak saudara belah mak yang begitu murah hati. tanpa bantuan dan sokongan ahli keluarga dan rakan rakan yang lain mami rasa tak akan dapat mami hadapi semua nya. berjauhan dari suami, sendirian dengan anak2, aduh..banyak cubaannya..;)
tetapi selepas sebulan ni, rasanya mami dapat adapt. memandu sendirian bukan masalah lagi walaupun rasa takut tu tetap ada, sunyi juga tanpa suami di sisi, tanpa gurau senda beliau yang sering mengusik..tetapi merindu pun ada baiknya. dapat mami rasakan hubungan kami anak beranak makin erat sejak berjauhan. yang kesian nya si suami terpaksa berulang alik dari sibu-bintulu.
dalam pada itu dapat juga mami nampak, suami memang telah banyak matang sejak pertemuan kami dulu dulu. lebih bersabar dan lebih menghargai..
mungkin inilah yang dikatakan karma..kita berkorban sesuatu, kita mendapat kebaikan untuk yang satu lagi. cuma kesian ngan budak budak yang hari hari tanyakan daddy mereka.
sekarang ni sibuk pulak nak berpindah masuk rumah sewa..syukur la mami bertemu dengan tuan rumah yang baik hati dan memahami. rumah pun lengkap dengan perabotnya semua. tuan rumah pulak bertolak ansur sungguh orangnya. tak kesah la kena baiki serba sedikit asalkan selesa untuk anak anak. itu yang paling penting.
kerja pun ok, teman kerja semuanya baik baik, bos pun baik juga orangnya. bersyukur sungguh la dengan segala keberkatan ini..cuma masa saja yang agak kurang kebelakangan ini. bisnes butik online mami pun terpaksa la juga buat marketing worknya..tetapi mami puas hati..;)
ok..nanti sambung balik..banyak lagi mami nak share pengalaman mami di tempat baru dengan tanggungjawab baru..

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
i am a working from home mother of 3 young & active kids, i always like to share opinion with others & i never tired of learning new things, meeting new people is my passion..i have a goal that one day, i will be able to have all those dreams to come true & apart from that i am very hardworking person and i am not a whiner..i was a dropout during secondary school but i never get anything @ anyone to become between me & my aim..learn as much as i can about almost anything that can make me a positive & better person..