Jumaat
entah kenapa pagi ni mami terlintas nak menulis pasal perkara ni, yang sememangnya lama dah mami perhatikan. sejak dari zaman sekolah dulu sehinggalah ke hari ini bila setelah bergelar ibu kepada 3 orang anak.
mami nak berbicara tentang rasa kesyukuran dan sifat negatif sebagai kawan..dulu mami pernahberkongsi tentang sahabat sejati..sekarang ni mami nak kongsi sikit tentang sifat manusia yang tak kenal erti kesyukuran dan sifat yang tidak sepatutnya sebagai seorang kawan atau teman.
bukan apa sebenarnya..mami terserempak la dengan segelintir golongan kat facebook yang mana pada mami, menghairankan bila sesetengah manusia begitu angkuh, menafikan kebaikan untuk berbaik dengan orang yang lain, dalam masa yang sama, mengheret rakan nya yang lain untuk berperilaku serupa terhadap kawan yang lain. pada mami, inilah namanya orang yang tidak kenal erti syukur...tidak bersyukur dengan kebaikan yang diterima dari orang lain tetapi tidak berhenti mencari kesilapan orang lain dan membenci. entahlah..memang mami rasa pelik..bukan mami tidak tahu membenci, mami tahu perasaan tu, sebab lama dulu mami pernah melalui semua rasa kebencian itu, dan semakin mami dewasa dan menjadi seorang ibu, semakin mami rasa lebih tenang kehidupan mami tanpa perasaan benci..sebaliknya mami lebih kerap bersyukur dengan segala kebaikan yang mami terima dan untuk lebih keamanan, mami lebih terbuka hati untuk berbuat baik dengan insan sekeliling mami.
ada yang mami perasan, mengutuk dan menghina orang lain padahal pada mami, apalah sangat benda tu sampai nak gaduh gaduh kat depan orang awam kat facebook tu..ada yang perempuan tapi bila dah nak meluahkan rasa kemarahan tu, mengalahkan lelaki pula kasarnya bahasa..mami nak baca pun segan..tetapi mami cuma ingatkan diri mami, sifat insan lain, mami tak boleh nak ubah. mami terima dengan permikiran terbuka dan bukan nak menilai atau menuding jari kepada sesiapa..mami pun bukan nya sempurna..cuma mami cepat sedar dan sanggup untuk berubah.
banyak betul pengalaman mami dengan insan yang menghukum orang lain tetapi perilaku diri sendiri bukanlah dapat dijadikan contoh pun. kalau kita anggap diri kita sebagai kawan kepada seseorang, kita telahpun komited untuk menerima insan berkenaan seadanya. sekiranya dia bukanlah kawan kita pun, tidak sepatutnya kita menyingkirkan insan tersebut hanya disebabkan pendapat kita yang dia adalah seorang pesalah. siapa kita untuk mengadili dan menghukum?
dalam setiap agama, terutamanya agama yang mami anuti, menuntut untuk kita memaafkan dan menerima kelemahan insan lain. tetapi tidak ramai yang dapat melakukan demikian. lebih banyak yang mengatakan diriny apunya agama tetapi tidak mengamalkan ajarannya yang baik, untuk kesedaran pengikutnya.
mungkin ada yang akan mencemuh dengan membaca penulisan mami ni..ala dia bukannya baik sangat pun..ya memang mami tak cakap yang mami ni paling baik orangnya tetapi apa yang mami sedar setiap masa ialah, mami tak suka nak sakitkan hati orang lain. selalu sedaya upaya berbuat baik dengan orang sekeliling dan setakat ini kebanyakan kenalan dan rakan mami selesa bersama dengan mami. yang paling mami syukuri, kepercayaan dari seorang kawan. mami sentiasa mencuba untuk mendengar dengan setia dan memebri pendapat sekiranya diminta.
setiap kali mami bersuara, mami cuba tegakkan apa yang mami rasakan betul tetapi bukan bermaksud yang semua orang lain perlu mempraktikkan apa yang mami syorkan..;)
semua orang punya pendapat masing masing dan mami dari zaman sekolah dulu memang terkenal dengan kelantangan mami menyuarakan pendapat mami..sehingga digelar pemberontak oleh sesetengah tenaga pengajar.
tetapi itu un kisah dahulu kala..tida pernah pun mami menyimpan di dalam hati segala komen dan teguran yang diberikan kepada mami..malah itulah yang menjadikan mami kuat sehingga ke hari ini. menjdaikan mami sebagai seorang insan yang sentiasa dahagakan kemajuan diri dan penuh dengan ilmu. mami tidak segan dengan tahap akademik mami sebabnya mami telahpun berusaha sebaik mungkin tanpa menjatuhkan orang lain.
perasaan dengki insan sekeliling mami kadang kala membuatkan mami sedih..mengapa kita yang berasal dari akar umbi yang sama, yang punya corak anatomi yang sama menganggap diri sendiri lebih baik dari yang lain dan seterusnya menjurus kepada penilaian kita untuk merendah rendahkan orang lain sehingga tahap menghina, mengumpat dari belakang dan sebagainya?
yang lebih mengejutkan kadang kadang insan yang pada mami agak cetek pemikirannya ini sangat pandai memanipulasi dan mengheret kalangan rakan yang lain untuk berperilaku yang sama.
mami tidak kisah lagi untuk terlepas insan jenis itu sebagai kawan..tiada perlunya bagi mami untuk berdampingan dengan manusia sejenis itu yang suka melihat kejatuhan orang lain. mami percaya, insan jenis ni merana di dalam jiwanya sendiri. merana kerana tidak punya keikhlasan dan kemurniaan hati.
kepada yang menggelarkan diri mereka kawan kepada mami, terima kasih kerana memberikan ruang di dalam hati kalian untuk mami. malah mami amat bersyukur, melalui facebook saja, mami mendapat segelintir teman yang mami percaya adalah sebaiknya teman yang mami perlukan walaupun mami tak pernah bersuamuka dengan mereka..lebih terserlah keikhlasan masing masing bila sentiasa mengikuti cerita dan isu yang dikongsi bersama.
untuk rakan rakan yang telah lama kenal dengan diri mami dan sentiasa menerima mami seadanya, syukur tidak terhingga mami ucapkan..sepuluh jari mami susun sekiranya mami pernah berlaku tidak sewajarnya sepanjang persahabatan kita, terima kasih kerana sentiasa memahami diri mami dan menyokong segala yang mami lakukan, tetapi mami suka kalau teman teman menegur sekiranya mami tanpa disedari melakukan suatu kesilapan..mami tidak sempurna..;)

No comments:
Post a Comment