Monday, July 19, 2010

benjolan

telah agak lama sudah mami tidak menulis di sini..rindu pun ada..beberapa kali sudah mami buat 'entry' kat jessysvoice..tetapi mami belum lagi dpat idea tentang skop yang sesuai untuk mami ceritakan di sini..sebabnya, blog mami yang satu ni lebih kepada jurnal mami..nak mami berhentikan, sayang pulak wlaupun bukannya banyak mana pun teman yang membaca dan mengikuti blog mami ni..mami tak ada aura macam blogger yang lain agak nya..hehehehe..


apa apa pun, mami bersyukur kerana tujuan mami menghasilkan blog ni pun sekadar untuk mami berkongsi rasa hati mami dengan pembaca budiman sekalian.


telah pun hampir 3 bulan berlalu sejak mami berpindah dan memulakan kerja mami di sini, telah banyak yang mami pelajari khususnya dari orang orang sekeliling mami. mami bersyukur mami berada di kalangan mereka yang begitu bermotivasi dan berfikiran positif..sekurang kurangnya ada juga dorongan untuk mami melakukan perubahan di dalam hidup mami dan teruskan merancang untuk kemajuan diri dan hidup keluarga mami.


nanti nantilah kita bercakap tentang hal motivasi ni..sekarang ni mami nak kongsi tentang apa yang mami sedang lalui ketika ini.


semalam, hari Ahad, seperti biasa, mami habiskan masa bersama keluarga..suami dan anak anak. sempat juga kita bawa budak budak untuk pergi ke pantai Tanjung Batu semalam..budak budak punyalah gembira. tetapi tak dapat nak benarkan dia orang mandikat laut sebab pasang nampaknya besar selepas beberapa malam hujan turun dengan lebat kat Bintulu sini. angin pun agak kuat dan cuaca pun makin mendung.


dalam kereta, dalam perjalanan pulang setelah beriya iya memujuk budak budak untuk pulang ke rumah..tiba tiba mami rasakan yang payudara sebelah kiri mami macam 'crammed'. sebab mami pun selalu alami sakit belakang yang tak lah berapa teruk sangat, jadi, mami ingatkan ia disebabkan sakit belakang mami. sampai kat rumah mami pun lupa pulak tentang tu.


seperti biasa, bila malam selepas menidurkan anak anak, mami dan suami selalu duduk berbual dan bercerita (selalunya mami menahan ngantuk sebab mami tak biasa tidur lambat tetapi disebabkan nak luangkan masa ngan hubby mami kena nelajar tidur lambat la..)sambil menonton tv. sebenarnya mami tak berapa suka kalau sampai hari Ahad sebab paginya mami kena hantar suami ke terminal untuk kembali ke Sibu. tetapi mami tak suka la pulak kalau mami jadi orang yang tak bersyukur jadi selalunya mami ambik dari sudut yang positif..walaupun sakit terpaksa berjauhan ngan suami, sekurangnya mami banyak belajar untuk berdikari dan yang paling ketara, mami dah pandai bawak kereta sendiri.


pagi ni bangun seawal pukul 5 sebab suami kena naik bas pukul 6 ke Sibu. bangun je, mami rasa tangan mami sebelah kiri sakit semacam...then bila nak turun kerja tadi, selesai mandi mami cuba rasa dengan tangan mami kat bahagian yang tak selesa tu..dan mami rasa jantung mami seakan terhenti sebentar...


mami dapat rasa satu benjolan di dalam kulit mami, di bawah bahagian ketiak dan ianya sakit bila ditekan. rasanya seakan akan sebiji guli di sana...mami memang jenis yang selalunya tenang tetapi berlaku sekali lagi..mami memang risau..


semasa mami masih di Kanowit dulu, mami pernah alami perkara yang sama tetapi masa tu bila hantar jumpa doktor check, doktor cakap. tak de apa apa pulak ...mungkin sebab hormon sebab bila mami jumpa doktor, benjolan tu pun dah hilang. dan kebetulan pulak memang beberapa hari selepas tu sepatutnya mami akan alami pusingan haid mami. so mami pun gembira dan lega sakan la dengan khabar tu..


kemudian sekarang, mami alami lagi bahkan mami rasa macam lebih teruk sebab mami pun alami sakit belakang sekali..selalunya ada juga mami alami sakit belakang tetapi bila mami dah letih ke...tangan mami sebelah kiri pun rasa sakit semacam. mami dah cerita ngan suami dan sememangnya suami mami jenis memang jenis yang mengambil berat, sudah tentu lah nasihatnya, untuk berjumpa doktor..


tetapi mami rasa baik mami tunggu untuk beberapa hari ni..kalau lepas 2 atau 3 hari pun masih sama sakitnya dan benjolan tu tak juga hilang memang nampaknya mami perlu berjumpa doktor tetapi mami amat berharap la agar semuanya cuma disebabkan hormon sekali lagi.


pertama pertama yang terbayang di mata mami semasa pertama kali mami alami perkara ni dulu, ialah, 'breast cancer' atau kanser payudara. jujur? mami memang takut dengan penyakit yang semua kita tahu tiada ubat mutlaknya..tetapi kalau megikut yang sepatutnya, usia mami ni tak mungkin juga cancer..sebab menurut kajian saintifik, kanser payudara cuma menyerang wanita yang telah pun berusia 40 tahun ke atas dan mami baru je 30 tahun..hehehe..


tetapi mami tetap takut...ya lah..kalau dah cakap kanser tu, memang susah nak sembuh.


kemudian lagi, mami terus terfikirkan anak anak...kalau la jadi apa apa dengan mami, apalah nak jadi ngan anak anak...mungkin suami dapat jaga dirinya sendiri tetapi anak anak semuanya masih kecil..siapa yang jaga mereka..kalau ada pun orang yang sanggup membantu pun, memang kasih sayang ibu yang palin diperlukan...selama ini pun mami selalu tidak percaya orang yang jaga anak mami..sekarang ni mami letakkan mereka di bawah jagaan penjaga pun sebab mami tidak ada pilihan lain.


tiada lain yang mami fikirkan...bagaimanakah masa depan budak budak kalau mami tiada di samping mereka lagi? tidak sanggup rasanya mami bayangkan perkara ini. tetapi disebabkab ketakutan itu jugalah mami sentiasa menyediakan diri untuk apa apa yang mungkin berlaku.


sekurang kurangnya kalau mami tak sempat nak temankan budak budak sampai usia dewasa mereka, mami masih dapat peruntukkan sejumlah kecil amanah untuk mereka dalam bentuk insuran. mungkin bagi kebanyakkan orang semua tu tak penting tetapi terus terang mami katakan, sebagai seorang yang telah pun terlibat dalam industri insuran nyawa ini sekian lama. mami sudah banyak melihat perbezaannya di antara meninggalkan insan tersayang dengan adanya insuran nyawa dan yang tiada. dan sebagai seorang pemegang polisi juga, mami boleh katakan yang mami lega setelah memperuntukkan sebahagian dari pendapatan mami untuk kegunaan kecemasan..terutamanya untuk anak anak.


kalaupun ada yang sanggup untuk menjaga anak anak kita selepas pemergian kita, berapakah yang sanggup untuk berkorban dan menyekolahkan anak anak kita sepertimana kita sendiri sebagai ibubapanya? memang insuran nyawa tidak akan dapat menggantikan kasih sayang kita tetapi sekurang kurang dari segi kewangan, anak anak kita tidak terabai, tidak perlu untuk mereka mengemis dari orang lain apabila kita sudahpun menyediakan sebuah tabung amanah untuk mereka..


janganlah sepertimana yang biasa terjadi, sudah lah anak anak kehilangan ibubapa..kemudian ditingalkan pulak tanpa apa apa..nak hidup pun menagih simpati dari ahli keluarga yang lain..ahli keluarga yang lain ini pulak ada tanggunngan yang lain.


janganlah abaikan masa depan anak anak kita..meskipun kita tidak dapat bersama mereka sehingga akhir hayat mereka. sekurang kurangnya kita tidakmeninggalkan mereka tanpa apa apa bekalan untuk hari depan mereka..


terus terang mami katakan, mami selalu terkilan sekiranya seseorang yang mami rasakan mampu untuk memiliki insuran nyawa sendiri tetapi tidak berniat untuk mendapatkannya kerana tanggapan sambil lewa manusia yang sentias leka dan mengambil mudah sesuatu perkara..akibatnya, orang yang tersayang yang menanggungnya..


tetapi manusia terlalu mudah leka..leka bagaikan hayat kita, kita yang menentukannya..leka dan ambil mudah bagaikan kita tidak akan sakit untuk selamanya..


bahkan jangankan nak meninggalkan sesuatu untuk anak anak, ada yang untuk kos perubatan sendiri pun terpaksa mengharapkan ehsan dari ahli keluarga yang lain..sebabnya mereka tidak pernah terfikir untuk peruntukkan 5% daripada pendapatan mereka untuk hari kecemasan..

akibatnya, kalau suami yang terlantar sakit, si isteri kena tebalkan muka untuk meminta dan merayu dari keluarga dan kenalan untuk menghulurkan bantuan..bagimami, semua ni memang tak patut..


la kes itulah pulak omelan mami..tetapi meamng tak dapat dinafikan kebenarannya..dari satu benjolan kecil kita pasti terfikirkan perkara yang lain..harap harap la mami tak apa apa..lepas beberapa hari boleh hilang..

apa apapun, jangan ambil mudah akan masa depan anda dan keluarga....salam sayang dan bertemu kembali...;)

No comments:

Post a Comment

Followers

About Me

My photo
i am a working from home mother of 3 young & active kids, i always like to share opinion with others & i never tired of learning new things, meeting new people is my passion..i have a goal that one day, i will be able to have all those dreams to come true & apart from that i am very hardworking person and i am not a whiner..i was a dropout during secondary school but i never get anything @ anyone to become between me & my aim..learn as much as i can about almost anything that can make me a positive & better person..